BAB 38

124 11 0
                                    

'Ya Allah, aku memohon sangat pada Mu. Aku mohon kau ampunkan dosa dosa orang sekeliling aku. Ampunkan dosa ibu bapaku, ampunkan dosa suamiku, ampunkan dosa ibu dan bapa mertuaku. Ampunkan dosa dosa seluruh umat muslimin dan muslimat..

Aku ingin mengadu kepada Mu, Ya Allah. Aku sudah tak kuat. Aku letih dengan ujianMu kali ini.. Aku mohon, YaAllah. Yang lain Kau boleh ambil tetapi aku mohon, tidak dengan suami aku.. Aku sangat menyayangi dia,Ya Allah. Kau lembutkan lah hati dia. Aku rindu Rayyan Ya Allah..'

Aku berdoa dan mata aku pejam. Aku mengiringkan tubuh dan mulut aku berbisik doa tidur, ayatul kursi dan kalimah syahadah. Aku melelapkan mata. Air mata aku mengalir dicelah kelopak mata aku.

Aku menggenggam erat tangan aku yang bergetar hebat. Aku membengkokkan kaki aku yang sejuk.Rambut aku ambil dan menutup telinga aku.

Dan, aku mengambil masa dalam 20 minit dan akhirnya aku terlelap akibat tangisan bisu aku. Aku dibuai lena.

Aku membuka mata aku dan aku memejam kembali kerana cahaya putih yang terang menyimbah aku. Aku mencelik mata dan aku melihat sekeliling. Dada aku berombak kencang. Wanita yang berpakaian putih itu menghampiri aku.

"Hai, adik kakak.." Lunak dan merdu suara itu memanggil aku. Aku terkaku dan jari jemari dingin wanita itu mengusap lembut wajahku.

"Nama akak Riana. Awak nama Raini, kan? Tapi Rayyan panggil awak Rai, betul?" Wanita itu berkata lagi. Aku tergamam. Bagaimana dia boleh tahu? Dia siapa?

"Raini.. Such a beautiful name. Tapi, Raini kisah tak kalau akak panggil Raini, Rissa?" Wanita itu bertanya lagi padaku yang masih membisu. Teruja saja suara wanita itu bertanya kepada aku. Aku tergamam. Nama itu.. Aku tak ingat darimana tapi yang pasti, aku pernah dengar.

"Nama tu.."

"Ayah awak yang bagi. Betul?" Wanita itu memotong percakapan aku. Aku memandangnya dengan wajah yang keliru. Siapa wanita ini? Macam mana dia boleh tahu?

"Macam mana akak tahu?" Terlontar juga soalan itu dari bibir aku. Wanita di hadapan aku tergelak kecil dan bahu aku dia peluk. Sangat hangat pelukannya.

"Rayyan tak pernah cerita, ya? Alahai.. Kesian adik ipar akak ni." Wanita itu berkata lagi dan aku memandang wajahnya dari sisi. Oh, dia.. Dia kakak Rayyan? Inikah pemilik telekung yang Rayyan pernah bagi untuk aku itu?

"Akak kemalangan. Akak kemalangan sebab nak selamatkan Rayyan." Dia berkata dan dia menarik tangan aku untuk mengikutinya. Dia membawa aku ke tempat yang sangat bercahaya. Aku memejam mata ku silau dan tangan naik menutup wajahku.

"Open your eyes, Rayyan's bidadari syurga." Aku membuka mata dan aku tergamam. Aku tak dapat menahan air mata aku daripada mengalir. Kedua belah tangan aku bergetar hebat.

"T-Tolong ayah.."

Mata aku membulat dan aku terduduk mengejut. Aku memandang sekeliling bilik yang gelap. Aku meraup wajah aku yang berpeluh. Ya Allah, mimpi apa itu?

Aku memandang sisi aku. Rayyan belum pulang ke rumah? Dia marah aku lagi, ke? Aku menarik kaki aku dan aku memeluk lutut aku. Aku menyembamkan wajah dan air mata aku mengalir.

Kenapa ayah ada didalam mimpi aku? Wajah ayah yang terbakar dan sebelah kakinya terputus serta ada darah yang terpancut dari kaki ayah kembali terbayang dalam minda. Aku menekan kulit lengan aku sehingga tergores. Aku menangis kerana bayangan dan kata kata kasar Rayyan menghantui aku.

Aku angkat kepala dan aku turun dari katil. Air mata aku biarkan mengalir menitis ke pipi. Aku berjalan lemah ke arah sebuah almari dan aku buka. Peti ubat aku capai dan sebotol ubat aku capai. Aku memandang kosong kearah ubat itu. Suara yang  didalam kepala aku mula bergema.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now