BAB 17

143 16 0
                                    

Aku dan Tiana sedang menikmati makanan yang dimasak oleh Tiana. Rayyan yang tolong kami membeli ini semua. Terima kasih kepada Rayyan.

"Raini, macam mana nanti kalau aku pergi?" Tiba tiba Tania bertanya kepadaku. Dia memandangku dengan harapan yang aku memberi jawapan yang dia inginkan.

Aku kerut dahi. Kenapa Tiana tiba tiba tanya soalan seperti ini?

"Hm? Pergi mana?" Aku pura pura tidak mengerti akan pertanyaannya itu. Hatiku mula berasa resah.

"Don't pretend you don't know, Raini. Come on, jawab soalan aku." Tiana memaksa ku untuk menjawab soalan mengarutnya tadi.Aku meletakkan sudu dan garfu ku sebelum aku berpeluk tubuh dan memandangnya.

"Kau kenapa,Tiana? Kau ada masalah apa ni?" Aku bertanya lembut kepadanya. Aku mula rasa tidak selesa dengan pertanyaan itu. No, dia tak boleh pergi..

"I..I dont even know,Raini. Hehe. Aku cuma dapat rasakan yang aku dah tak boleh-"

"Dont say that, Tiana. No.. Kau boleh Tiana! Kau ada aku.." Aku bangun dan duduk disebelahnya lalu memeluknya erat. Aku meletakkan dagi diatas bahunya.

"Raini, aku pun manusia. Aku tak rasa yang aku boleh bertahan, Raini." Tiana berkata dan air mata mula membasahi pipi mulusnya. Aku memeluknya lebih erat.

"Kenapa, Tiana? Kau ada masalah apa? Aku merayu sangat ceritalah kat aku.. Aku kawan kau." Aku berkata sebak. Aku agak terkesan kerana Tiana tidak menceritakan masalahnya kepadaku.

"Papa aku.. Papa aku kemalangan,Raini. Dan, aku tak ada duit nak bayar duit hospital.. Aku tak cerita sebab aku tak nak menyusahkan kau, Raini." Tiana berkata dan dia membalas pelukanku. Dia menangis di dadaku. Aku mengusap kepalanya. Tiana, dia paling rapat dengan papanya. Aku tahu kenapa Tiana sedih begini. Memang aku tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ayah. Tak pernah walau sekali. Tetapi, aku faham apa yang Tiana rasa. Kehilangan.

"Apa pulak menyusahkan,Tiana? Kita kawan dah lama,Na. Aku anggap kau macam saudara aku." Aku berkata sambil mengusap belakang tubuh Tiana. Air mataku mengalir diatas rambut Tiana.

"Aku.. Aku tak tahu apa nak buat. Papa eksiden sebab nak melawat aku kat sini. Raini.. papa je keluarga aku. hiks." Tiana teresak esak menceritakan apa yang dia rasakan. Aku berfikir bagaimana ingin menolong sahabatku yang satu ini. Tiba tiba, bayangan seseorang terlintas di fikiran ku.

"Aku tanya Rayyan pasal ni,boleh? In sya Allah dia boleh tolong kau." Aku berkata dan aku memegang pipi Tiana yang dibasahi air mata. Aku mengusap lembut dan Tiana menggeleng.

"Tak.. Tak payah,Rai.. Aku tak nak menyusahkan sesiapa." Tiana menolak cadanganku. Aku menarik nafas sebelum perlahan lahan, aku menghembuskan nafasku.

Aku mula berfikir. Siapa lagi yang ada untuk menolong Tiana? Aku ada duit tetapi cukup untuk diriku dan Tiana sahaja. Nak minta tolong Rayyan juga aku segan.

Tiba tiba, telefon Tiana berdering minta diangkat. Aku melepaskan pelukan Tiana dan Tiana juga melepaskan pelukan kami. Tiana mengambil telefonnya dan dia berkerut dahi seketika. Kenapa? Siapa telefon?

"Hello." Tania menyapa kepada pemilik panggilan itu.

"What?! Saya otw!" Tiba tiba muka Tiana menjadi cuak dan dia terus menarik tanganku untuk mengikutinya.

"Eh,kenapa ni?" Aku bertanya seraya tanganku ditarik oleh Tiana.

"Papa aku kritikal!"

"Shh.. Everything is fine,Tiana.. Kau doa yang baik baik aje.." Aku memujuk Tiana yang sedang menangis di pelukan ku. Kini, kami di hospital dimana papa Tiana dihantar disini. Aku dan Tiana sedang menunggu keputusan oleh doktor.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now