BAB 8

242 19 0
                                    

Kini,aku berdiri di atas sejadah. Kata Tiana,sepertiga malam ialah waktu yang mustajab untuk berdoa. Jadi,aku ambil keputusan untuk buat solat sunat istikharah pada waktu ini. Malam ini.

"Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala" Aku membisikkan niat dan aku mula melakukan solat sunat. Aku cuba khusyuk dalam solat tanpa memikirkan si dia.

Dalam sujud terakhir, aku membaca..

"Subhanaka Laa i’lma Lana illa Maa ‘AllamTana, innaka Anta ‘Alimul-hakim." (Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana) Sebanyak 40 kali. Lama sujudku malam itu. Aku betul betul inginkan jawapan yang diriku persoalakan.

Dan yang terakhir,aku memberi salam dan teruskan dengan membaca wirid.Selepas membaca ayatul kursi, aku menadah tangan dan bersedia berdoa pada yang Maha Esa.

"Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan
ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah, jika menurut pendapatMu urusan berkahwin dengan Tengku Rayyan bin Raja Mikael memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan Berkahwin dengannya memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.

Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu."

(Rekod Imam al-Bukhari)

Selepas mengaminkan doa,Aku mencapai Al-Quran yang ada di rak hospital ini. Aku membelek helaian , dan aku berhenti di Surah Al-Araf
Aku membacanya dengan teliti.

Benarkah Rayyan boleh menjadi yang terbaik untuk ku? Kau tunjukkanlah kebenarannya,Ya Allah.

PAGI itu,Tiana melawatku dan pada masa yang sama, doktor beritahu yang aku sudah boleh keluar dari hospital ini.

"Macam mana?Dapat jawapan?" Soal tania sambil membuka bekas makanan yang dia bawa untukku. Haih,susah susah aje lah. Aku bukannya ada selera pun.

Rayyan. Dia tak muncul langsung. Kali terakhir aku menjumpainya apabila dia memberikan aku cincin pada hari itu.

Aku menangkat bahuku keatas sebagai jawapan. Aku tidak tahu sama ada dia orang nya atau tidak.. Aku masih shock dan trauma terhadap lelaki selepas peristiwa  itu.

"Tak apa,Raini.. Solat istikharah ni bukan sekali buat, terus dapat jawapan. Buat banyak kali sampai kau rasa yang kau dah dapat jawapannya." Ujar Tiana sambil menggosok lembut bahu aku. Aku tersenyum kepadanya yang terus memberi aku semangat. Aku tidak tahu kebaikan aku dimana sehinggakan dia melayan ku seperti ini.

"Terima kasih,Tiana." Aku berkata dan tersenyum untuk sahabatnya itu.

"My pleasure. " Balas Tiana.Kawannya bahagia,dia pun akan bahagia.

Aku tersenyum dan tiba tiba, fikiran aku terlitas seseorang.. Ayah.

2:05 PM

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now