BAB 24

170 11 0
                                    

Aku berteleku diatas sejadah dan menadah tangan untuk mengaminkan bacaan doa dari suami aku. Dia mengimamkan aku solat subuh pada hari ini.

"Aamin.."

Aku menyapu wajah aku dan Rayyan berpusing menghadap aku. Aku mengangkat kelopak mata aku untuk melihat wajahnya yang tak berhenti tersenyum padaku. Rayyan mendekatkan wajahnya pada wajahku tetapi aku menjauh.

"Kenapa,Rai?" Lembut suara Rayyan bertanya kepada aku. Aku menundukkan wajahku dari menatap wajahnya. Entah lah, tetapi jantung aku berdegup kencang. Aku tidak tahu apakah aku sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri?

Aku membenci diriku bila aku mula membayangkan Rayyan sama seperti lelaki pada malam itu. Aku tak mahu terus begini. Aku penat.

"Hei? Abang tanya ni, sayang?" Rayyan memecahkan kesunyian antara kami apabila soalannya diabaikan begitu saja. Aku seperti tersentak dari lamunan aku dan aku tersenyum pahit kepadanya. Tangannya aku capai dan aku kucup lembut. Aku dapat rasakan ada sentuhan yang.. lembut. Sentuhan yang lembut di ubun ubun aku.

"Rai minta maaf. Rai tak boleh lupakan peristiwa tu, abang.. Rai selalu ingat abang macam lelaki malam tu.. Maafkan Rai.." Aku berkata dan air mataku menitis. Aku tak tahu mengapa aku sensitif sekarang. Mungkin mau datang haid atau..

Aku cepat cepat menepis perasaan itu. Aku mendengar tawa kecil Rayyan dan dia mencium lembut kepala aku yang sedang menunduk.

"Sayang.. Listen here." Rayyan berkata lembut dan dia menarik lembut dagu aku untuk menatap mata hazelnya. Dia tersenyum dan dia mengusap lembut air mata aku.

"I married you because I love you, sayang.. I don't know why I fell in love with you. And I am ready to face any test from Allah. I saved you that night because I can't see you being weak like that. I'm not that strong to look at  you like that, sayang.. I'm sorry that I touched you twice before we got married. And, for that man, Insya Allah, he will not appear again. I want you to know that you is safe with me, sayang." Rayyan berkata dengan satu nafas. Aku menatap matanya untuk mencari kebohongan disebalik mata hazel itu. Tetapi apa yang aku dapat rasakan adalah keikhlasan. Ya Allah, mengapa.. Mengapa dia begitu baik dengan ku? Apa kebaikan yang aku lakukan sehingga kau takdirkan lelaki sebaik dia?

"I dont know how to react. But, Im very thankful, abang.. Rai tak boleh balas semua ini. Maafkan Rai. Rai pun cuma menumpang kasih abang saja. Rai tak ada apa apa abang." Terdapat sedikit tawa diakhir ayatku. Lucu dengan kisah diri sendiri. Rayyan tersenyum padaku lagi dan dia capai tanganku dan dia kucup lembut.

"Abang tak pernah berharap Rai akan balas semua ni. Abang buat sebab Allah, sebab tanggungjawab abang dan sebab kemahuan abang sendiri sebab abang cintakan sayang abang ni.. Rai, tolong jangan fikir yang Rai menumpang kasih abang, ya? Abang tak pernah anggap Rai apa apa kecuali sebagai bidadari syurga abang. Abang tak pernah kisah dengan keadaan Rai.Janji Rai bahagia. Abang cintakan Rai kerana Allah." Bukan kerana nafsu,sayang.. Sambung Rayyan dalam hati. Sungguh, dia mencintai wanita dihadapannya ini. Sesaat pun, dia tak akan pernah lepaskan genggaman tangan dari wanita yang dia cintai ini. Kerana dia, bidadari syurgaku. Dan selamanya dia bidadari untuk aku.

"Dah dah.. Tak mau nangis nangis ni.. Nanti merah mata tu." Rayyan berkata dan dia mengusap lembut pipi isterinya dan dia tertawa. Haih, nangis pun cantik ke?

Aku tersenyum kecil dan aku menguap. Aku mendengar tawa Rayyan lagi dan dia menggosok kepala aku.

"Isteri abang mengantuk lagi? Tak apa lah, sayang tidur dulu, ya. Abang ada kerja sikit nak buat." Rayyan berkata dan tak sempat dia bergerak, aku memeluk tubuh sasanya erat dan aku cium haruman dari tubuhnya. Entah kenapa, aku rasa selesa dengannya.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now