BAB 12

195 19 0
                                    

Hari ini, aku dan Rayyan pergi membeli baju  tunang sesuai dengan apa yang dirancangkan. Muncung mulut Tiana apabila aku memberi tahunya yang aku ingin keluar dengan Rayyan lagi. Hari ini aku agak moody kerana tudungku tak menjadi!

"Kau sejak kenal Rayyan, kau selalu jemur aku, selalu tinggal aku. Humph!" Tiana buat drama pagi.

"Hey! Aku baru keluar dengan dia dua kali,tau! Kau jangan buat fitnah." Aku layankan saja karenah minah ni. Aku menyarung tudung bawal milik Tiana.

"Tania, kau beli mana tudung ni? Asal susah sangat nak bentuk ni?" Stress aku dengan tudung ikan bawal ni! Aku lebih suka pakai tudung shawl berbanding bawal.Susah nak bentuk bawal ni!

"Eh, aku pakai elok aje." Baru saja Tiana mahu bangun untuk melihat keadaan tudung aku, tiba tiba telefonku berbunyi.

Tania melihat siapa gerangan menghubungi kawannya itu.

♡Rayyan♡

What the fish?! Apa yang aku nampak ni? Aduhai, Raini, Raini. Apa yang dia bagi kau makan, eh?

"Siapa?" Aku bertanya dengan tangan yang sebok membetulkan awning ku. Susahnya! Boleh mental aku lama lama.

"Hm,orang tu lah. Siap bubuh dua love lagi. Setahu aku kau tak pernah save contact orang sampai berlove love kecuali aku." Perli Tiana. Aku bagai teringat akan sesuatu,aku memusing belakang dan capai telefonku dengan kasar. Sempat aku menjeling tajam kepada Tiana yang terbahak bahak tertawa kepadaku.

"Hah? Awak dah lama kat bawah?!" Hampir menjerit aku apabila Rayyan beritahu dia sudah 10 minit dibawah.

Aduhai! Macam mana boleh tak sedar,ni?! Sekarang sudah 10:40 pagi. Aku berjanji dengannya 10:30! Ah, masak!Tunggu lah kau, tudung. Aku rendam kau sebulan! biar kau kecut dalam tu!

"Rai? Awak dengar tak?" Suara Rayyan mengejutkan aku dari lamunanku. Aku berkelip dan memandangnya yang sedang memandangku dengan kerut dahi.

"Eh? Hah awak cakap apa?" Itulah kau,Raini. Berangan sampai tak perasan dengan keadaan sekeliling, lagi.

"Saya tanya, awak masih fikirkan tentang semalam ke?" Rayyan mengulang soalannya. Dia sambung memandu apabila lampu isyarat bertukar hijau.

"Eh,tak lah. Saya dah lupakan dah pun kejadian semalam tu. Anggap je lah diorang bergurau." Aku berkata positif. Walaupun ada sedikit dendam, tapi aku masih memaafkan mereka. Malas mahu membuat masalah.

Rayyan memandangku sesaat sebelum sambung fokus jalan kembali. Kereta Rayyan berhenti di hadapan satu butik.

Usai Rayyan mematikan enjin, dia turun dengan pantas dan membukakan pintu untukku sama seperti semalam. Haih, tak manis lah orang tengok!

" Jom." Rayyan mengajakku masuk kedalam. Dia menyuruhku mendahuluinya kerana dia mahu protect aku dari belakang. Cringe gila mamat ni nak protect protect bagai. Sumpah seranah aku dalam hati. Tolonglah, jiwa aku tak romantik macam tu!

Masuk saja didalam, aku teringat satu hal. Aku pusing kebelakang dan memandang muka Rayyan.

"Papa ada tetapkan ke baju tunang kita?" Sebelum aku pandai pandai buat keputusan, baik aku tanya dulu.

"Saya ada tanya juga, tapi papa cakap ikut awak je."  Rayyan menjawab. Ikut aku? Alamak. Mana aku tahu! Warna ungu ok ke?

"Hurm, warna lilac ni, cantik tak?" Aku bertanya dan memandang Rayyan dengan mulut yang muncung. Alah, warna ni je yang cantik. Nak warna putih macam basic sangat.

"Saya sidai hanger kat mulut awak tu kang." Rayyan mengugutku. Aku terus kemam mulut bila Rayyan berkata begitu.

Rayyan ketawa melihat reaksiku. Haih, bakal isteri siapa lah comel sangat ni? ( omg, cringe gila chap ni. *salam, saya judge cerita sendiri* )

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now