BAB 30

181 11 0
                                    

Aku memegang singki sebagai sokongan. Belakang tubuku ditepuk berkali kali oleh suami ku. Aku mengeluarkan sisa-sisa makanan yang ada diperutku. Air mata ku menitis kedalam singki menahan sakit.

"S-sakit.." Aku berkata perlahan. Rahim aku cengkam. Rasa sakit sangat mencucuk dirahim aku. Rayyan memeluk pinggang aku dari belakang dan dia mengelus lembut rahim ku.

Aku membuka air singki dan aku membasuh mulut ku. Aku berkumur beberapa kali dan Rayyan menarik aku masuk dalam pelukannya. Dia memapah aku hingga keluar tandas dan tubuh aku dicepung.

Tubuh aku diletakkan lembut diatas katil dan aku bersandar di kepala katil. Tangan Rayyan aku usap perlahan.

"Rai minta maaf.. Rai tak ada niat nak muntah bila abang suap Rai makan." Aku berkata dengan air mata yang bertakung. Rayyan mengucup lembut kedua kelopak mata ku. Dia membalas genggaman tanganku dan dia panjat katil dan dia duduk disisi aku.

" Its okay, sayang.. Dah, sayang rehat lah." Rayyan menyandarkan kepala aku kedada nya. Aku bersandar nyaman.

"Rai, nanti abang nak balik rumah papa sekejap. Rai nak ikut? Ke nak duduk rumah?" Rayyan bertanya dan tangannya mengusap lembut ubun ubun aku. Aku mengangguk perlahan sebagai tanda aku mahu mengikutinya. Lama aku tidak bertemu dengan papa.

"Malam ni, kita gerak. Sayang rehat dulu." Rayyan mengucup lembut ubun ubun aku dan aku memejam erat mata aku. Tubuh suami, aku peluk erat. Aku mendengar tawa kecil Rayyan dan dia membalas pelukan aku.

"Sayang.. Bangun. Kita dah sampai." Rayyan menggoncangkan sedikit bahuku. Aku mencelik mata dan aku melihat sisiku. Rumah papa.

Mata aku masih mengantuk. Aku menyandarkan kembali  kepala aku pada kerusi kereta dan aku memejam mata. Rayyan tertawa kecil disebelah aku. Aku sudah dibuai lena. Entah lah, hari ini rasa letih semacam.

Rayyan membuka pintu dan dia mencepung tubuh Raini. Dia mengucup sedikit dahi isterinya sebelum dia bawa masuk kedalam rumah.

Dia menekan loceng dan beberapa saat, bibi Imah membuka pintu dari dalam. Rayyan tersenyum manis pada bibi Imah dan dia masuk kedalam.

"Eh, Ayyan? Bila sampai?" Papa datang menghampiri Rayyan. Wajah papa kelihatan pucat dan suara papa kian mengecil apabila melihat Rayyan dukung isterinya yang sedang nyenyak tidur.

"Ayyan masuk bilik, kejap. Nanti Ayyan turun balik." Rayyan berkata sebaris dan kakinya melangkah kearah tangga dan dia naik dengan berhati-hati. Pintu bilik mereka dibuka dengan bantuan bibi Imah yang mengikuti mereka dari tadi.

Rayyan meletakkan isterinya lembut atas katil. Rayyan mengucup dahi isterinya lagi. Dia mengusap lembut ubun ubun isterinya.

"Abang turun sekejap, ya.. Ada benda abang nak bincang dengan papa." Rayyan berkata dan dia melangkah keluar dari bilik. Dia tersenyum pada bibi Imah yang ramah tersengum kepadanya. Dia menapak ketangga dan dia turun kebawah. Bilik rahsia nya dibuka dan dia tutup rapat. Bilik ini agak tebal dan payah jika ada seseorang yang ingin mencuri dengar.

"So, papa. What is papa's decision? Nak cerai?" Rayyan melabuhkan punggung diatas sofa berhadapan papanya. Papa mengeluh dan dia membuka cermin matanya.

"Papa pun tak tahu, Ayyan. Papa buntu." Papa berkata lemah. Dia memicit dahinya.

"Papa cintakan mama?" Rayyan tanya dingin. Dia meraup rambutnya yang jatuh kedahi. Dia berdandar tenang di sofa.

"Papa.. Huh, entahlah. Papa tak tahu. Papa rasa lost. Papa susah nak lepaskan mama." Papa mengeluh sesaat. Dia memandang kosong pasu bunga diatas meja.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now