BAB 23

178 13 1
                                    

Aku membuka perlahan kelopak mataku. Aku merenung kearah siling putih diatasku. Aku memandang jam di dinding yang menunjukkan sekarang pukul 3:15 pagi. Aku menyandarkan badanku di kepala katil dan aku merehatkan kepalaku. Mental dan fizikal aku lemah. Aku langsung tidak mengingati apa yang terjadi.. Aku cuba mengingati semula tetapi semakin aku paksa, kepala ku terasa seperti dicucuk cucuk. Sehinggalah aku teringat peristiwa dihotel sebentar tadi.

''Tak guna cantik kalau dah tidur dengan lelaki lain.''

''Aku rasa nanti dia mengandung, tu bukan anak Ayyan.''

''Anak dengan bapak tak ada beza. Itu yang jadi macam tu. Entah entah, mak dia pun sama.''

Mengingati perkataan itu, air mataku jatuh. Jatuh tanpa diseka. Aku memeluk lututku rapat kedadaku. Aku memegang lembut pasu di sisi aku. Aku mula terfikir. Mengapa aku terlalu sensitif? Adakah aku..

Prang!

Pasu disisiku dihentak kuat. Air mataku tak berhenti mengalir. Bibirku bergetar menahan esakan. Aku menggenggam erat serpihan kaca itu sehingga aku dapat rasakan tanganku berdarah. Namun sayang, rasa sakit di telapak tangan ini tak sesaki didalam ini. Tuhan, aku tak mampu untuk terus bertahan, begitu tajam kata kata mereka, Ya Allah..

'Aku tak mengandung.. Aku tak jadikan Rayyan sebagai kambing hitam aku. Aku tak sama dengan ayah.. Tak.. Tak.. Aku tak mungkin mengandung anak lelaki itu..' Hatiku menafikan semua itu. Setiap patah perkataan yang berbisik dimindaku, membuat hati aku seperti disiat siat. Aku mula mengutip serpihan kaca dan aku menoreh kasar tanganku. 

''TAK! AKU TAK MENGANDUNGLAH, SIAL!!'' Aku menjerit sekuat hatiku apabila aku tak tahan untuk menangis teresak dalam keadaan diam. Aku nak meraung. Aku nak menerit. Aku nak bunuh diri aku..

Aku menyembam kan wajahku kedalam lututku yang rapat didadaku sebelum aku mendengar suara seseorang dan pintu bilik dikuak dari luar. Cahaya lampu dibuka dan aku memejam mataku erat. Aku tak mahu melihat dunia yang kejam ini.

''Allahu akbar! Raini Clarissa!'' Rayyan menjerit apabila melihat keadaan aku. Aku hanya menangis teresak esak dan apabila dia ingin mendekat, aku menengkingnya kuat.

''Jangan dekat! Kalau kau datang dekat, aku akan buat perkara yang kau tak akan lupa sampai bila bila!'' Aku berkata kasar bagaikan ada yang mengawalku dan aku meletakkan serpihan kaca kearah perut aku seperti sudah sedia untuk menekannya kedalam. Kata kata ayah beberapa tahun lepas mula bermain difikiranku.

''Kau patutnya mati sekarang ni, menyesal aku tak bunuh je kau tadi,'' Tak apa,ayah. Ayah tak perlu susah susah bunuh Raini.. Sebab Raini sendiri pun dah tewas dengan diri Raini. Raini dah penat.

''Sayang mengucap,sayang.. Buang kaca tu..'' Rayyan memujukku lembut dan dia berjalan perlahan mendekatiku. Seluruh badanku bergetar hebat. Tangan aku yang sedang menggeletar  aku mengeratkan pegangan pada kaca ini. 

''Tak! Semua orang sama! Semua orang suka menunding jari pada seseorang yang langsung tak salah!'' Aku menengkingnya kuat. Bibir aku bergetar menahan rasa sakit ini. Rasa sakit yang tidak boleh diungkap dengan kata kata. 

''Sayang.. istighfar.. Abang minta sayang lepaskan kaca tu..'' Rayyan tak berputus asa memujukku. Aku hanya memandangnya dengan mata yang berkaca. Berharap dia mengerti dengan tatapan mataku. Rayyan bergerak beberapa tapak dan dia merampas kaca daripada tanganku. Aku yang terkejut dengan tingkah lakunya terus melawan sehingga ada darah yang jatuh dikain aku. Aku melihat kearah lengan Rayyan yang tertoreh dengan dalam kerana tindakan aku sebentar tadi terlalu agresif. Kaca ditepiku ditepis kasar oleh Rayyan dan dia terus memelukku. Aku tergamam.

Now what, Raini? Kau nak jadi pembunuh kah? 

''Its hurt, sayang.. Sakit sangat.. Jiwa abang sakit tengok sayang macamni.. Abang rindukan Rai yang dulu.. Abang rindukan Rai yang sentiasa tersenyum walaupun hatinya terluka.. Mana Rai yang iu, sayang?..'' Rayyan berkata dengan teresak esak dibelakangku. Kepedihan di lenganku mula terasa. 

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now