BAB 44

44 5 0
                                        

"Bagi aku jumpa dia, please?" rayu Danial kepada Har. Wajahnya tampak terdesak. Seakan-akan sangat memerlukan kemaafan daripada wanita itu.

Har memejamkan mata sebentar sambil memicit pelipisnya sedikit kuat. Rayuan daripada Danial itu sudah berulang hampir setiap hari dalam seminggu.

"Dia tak nak jumpa kau, Danial. Apa lagi yang kau tak faham?" ucap Har datar. Tangannya memegang erat kedua-dua belah bahu Danial. Har mencengkam bahu Danial sederhana kuat dengan niat menyedarkan lelaki itu.

"She's not ready to talk to you, berapa kali kau nak aku ulang benda yang sama?" keluh Har tegas. Danial menggeleng dalam penafian. Dia tidak percaya akan kata-kata Har.

"Kau tipu! Sebenarnya kau yang tak bagi dia jumpa aku, kan?" suaranya meninggi, seakan-akan melepaskan segala amarah yang sudah lama terpendam. Matanya menikam tepat ke dalam iris Har, seolah-olah mencari kebenaran yang tersembunyi.

"Har... tolong lah. Aku faham kau suami dia, but let me fix this" rayu Danial semakin perlahan.

"Baik kau balik, sebelum aku call polis" balas Har dengan suara dingin, setiap perkataan yang terucap tidak terdengar sedikit pun getaran, cukup untuk membuat suasana menjadi semakin tegang antara dua sahabat lama itu.

"Kenapa kau kahwin dengan dia kalau kau tak cintakan dia?" soalnya tajam. Har menelan liur kasar.

"That was long ago... I do love her now" balas Har ringkas, namun penuh keyakinan yang cuba menutup semua keraguan yang pernah ada dalam dirinya sebelum ini.

"I've loved her longer than you did" ujar Danial sinis.

"Did she ever love you?" Danial mengetap rahangnya kuat. Soalan yang dilontarkan itu jelas sekali menimbulkan perasaan benci kepada lelaki di hadapannya.

"Kau dah tahu aku sukakan dia! Kenapa kau ambil dia dari aku?" soal Danial lalu menolak kuat sebelah bahu Har. Tubuh lelaki itu tertolak ke belakang sedikit. Namun, Har masih memaparkan wajah bersahaja.

"I didn't took her from you." Har melangkah setapak, mendekati lelaki yang lebih rendah darinya itu tanpa senyuman.

"It was your fault for thinking I took her from you when she was never yours" ucap Har dingin.

"I'll make sure she will always choose me... over and over again, Danial" kata Har tegas. Matanya tidak berganjak walaupun sedikit, jelas menunjukkan bahawa kali ini... tiada lagi kebohongan dalam ucapannya.

*

"Lamanya tak jumpa Miss. Rindu!" ucap Syasya sambil memeluk erat Miss Dania yang sedang tersenyum.

"Saya pun rindu Syasya juga" balas Miss Dania sebelum terlebih dahulu meleraikan pelukan erat itu.

"Welcome back, Miss Dania" sapa Ara lembut dengan tatapan ikhlas. Miss Dania mengangguk, "Thankyou, Zahra"

Di sisi lain, Qistina dan Hanis masih bingung dengan sosok yang tidak biasa dilihat oleh mereka itu.

Miss Dania tersenyum janggal sambil membetulkan pakaiannya yang tidak terurus selepas berpelukan dengan Syasya sebentar tadi.

"Hi, I'm Dania. I'm Mr. Harraz's personal assistant" sapa Miss Dania mesra kepada rakan-rakan Ara dan Syasya yang memandangnya dengan rasa ingin tahu.

Qistina dan Hanis mengangguk sambil tersenyum lebar. "I'm Qistina" sapa Qistina terlebih dahulu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Miss Dania sebelum diikuti oleh Hanis.

"Cantik Miss hari ni" puji Syasya dengan senyuman mengusik.

Miss Dania terkekeh, "Ada apa, Syasya? Nak saya belanja makan ke?" Syasya tersenyum nakal lalu menjungkit kedua-dua belah bahunya.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang