Har menarik beberapa helai tisu sebelum mengelap tangannya yang masih basah. Dia mengangkat wajah, memandang pantulan dirinya pada cermin panjang yang tergantung kemas di dinding tandas itu.
Bunyi pintu dibuka dari belakang membuatkan pandangannya beralih. Melalui pantulan cermin, mata Har bertemu dengan mata Danial.
Danial kelihatan sedikit kekok. Namun, riak wajahnya pantas dikawal sebelum dia melangkah ke singki di sebelah Har.
Dia membuka paip dan mula membasuh tangan. Untuk beberapa saat, hanya deruan air yang memenuhi ruang tandas itu.
Har terlebih dahulu melangkah keluar dari tandas sebelum dia menyedari langkahnya diikuti oleh seseorang dari belakang.
"Puas hati?" suara Danial yang mendatar itu membuatkan kaki Har terhenti.
Har menoleh sekilas.
"Puas hati apa?"
Danial melepaskan tawa kecil yang hambar. "Tak payah buat-buat tak tahu, Harraz."
Har menyandarkan tubuhnya pada dinding sambil memandang lelaki itu.
"Kau sengaja bawa Ara datang sini." Danial akhirnya mengangkat wajah.
"Sengaja nak buat aku sakit hati, kan?"
Har menarik senyum tipis.
"That's not my first intention... but I'm glad that you felt hurt by it." ucap Har sambil tersenyum puas.
Rahang Danial terus menegang. Otot di pipinya bergerak-gerak menahan marah, sementara jemarinya menggenggam kuat pada baju kemejanya.
"Kau ni memang kawan tak guna." Danial merenung Har dengan mata yang merah menahan marah. "Sanggup kau buat aku macam ni?"
Har hanya membalas pandangan itu tanpa berganjak.
"Selama ni... ikhlas ke kau tolong aku? Atau kau cuma nak jadi hero? Nak orang nampak kau baik?"
Har menghembus nafas perlahan sebelum bersuara. "Kau salah, Danial."
Suara Har tenang, tetapi cukup tajam untuk menikam pelusuk hatinya. "Yang aku tolong selama ni... keluarga kau. Bukan kau."
Wajah Danial berubah.
"Keluarga kau yang selama ni tanggung akibat daripada setiap keputusan bodoh yang kau buat."
Har melangkah setapak ke hadapan tanpa rasa takut. "Kau sendiri yang buang keluarga kau semata-mata nak hidup senang."
Danial mengetap rahang. Perasaannya jelas tersinggung dengan tuduhan yang dibuat Har itu.
"Kau khianat keluarga kau."
"Kau tipu ibu kau."
"Kau tipu adik kau."
"Kau tipu Ara... kau tipu keluarga dia." setiap ayat Har diucapkan satu persatu dengan nada tajam, seolah-olah sedang membacakan hukuman.
"Kau selesa sangat hidup dalam penipuan yang tak pernah habis ni?"
Suasana tiba-tiba sunyi.
Danial hanya memandang Har tanpa berkelip sebelum bibirnya perlahan-lahan terangkat. Danial tiba-tiba tertawa kecil.
Bukan ketawa kerana lucu, tetapi ketawa yang cukup dingin hingga membuat bulu roma Har meremang.
Har mengangkat sebelah kening.
"What about you?"
Har terdiam.
"Bukan kau tipu Ara juga ke?" Anak mata Har mengecil. Tidak dapat menjangkakan apa yang cuba disampaikan lelaki itu kepadanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
