BAB 42

64 8 0
                                        

Ara menarik nafas dalam. Jari-jemarinya ditekan kuat menggunakan kukunya. Bibirnya diketap kuat sambil matanya memandang ke kiri dan kanan.

Har yang melihat tingkah janggal isterinya segera meraih tangan Ara untuk digenggam.

Ara berpaling. Iris mereka bertemu. "It's okay" ucap Har, cuba menenangkan isterinya.

Ara mengangguk ragu lalu menghembus nafas perlahan sebelum keluar dari perut kereta. Har pula mengikut langkah isterinya dari belakang tanpa mengatakan apa-apa.

Danial berpaling sebaik sahaja terdengar bunyi pintu terbuka dari luar. Ara memandang wajah Danial sejenak tanpa berkata apa-apa.

"Dany" tegur Ara dengan nada yang cuba dikawal. Lelaki itu mengangkat kepala sambil tersenyum. "Ara? You pergi mana tadi?"

"Boleh I nak cakap dengan you sekejap?"

.

.

"Kenapa you tipu I pasal mak you?"

Danial terdiam.

"What do you mean?" ucap Danial dengan tawa janggal. Matanya dilarikan daripada memandang ke dalam iris Ara.

"You know exactly what I mean." kata Ara dingin.

"Ara, I boleh explain—"

"Explain apa?" Ara memotong, suaranya mula bergetar. "Yang you tipu I selama ni? Yang setiap kali I tanya pasal mak you, you buat cerita sedih konon kehilangan?”

Danial menunduk, rahangnya menegang.
"I tak nak you tahu"

Ara ketawa kecil, tetapi jelas penuh luka. "Tak nak I tahu… atau you malu?"

Danial terus menggeleng. "Bukan macam tu—"

"Then macam mana, Danial?!" suara Ara naik sedikit. "Mak you masih hidup… tapi you ‘bunuh’ dia dalam cerita you sendiri?"

Sunyi seketika.

Danial akhirnya bersuara, perlahan.
"Kalau I cakap mak I masih hidup… you akan tanya kenapa I tak jaga dia"

Danial menghela nafas, suaranya mula pecah. "I tak kuat, Ara."

Ara terdiam.

"I've tried" sambung Danial, "tapi setiap kali I teringatkan mak I… I rasa bersalah. Rasa macam anak tak guna. Lagi senang I cakap dia dah tak ada… daripada I kena hadap hakikat yang I sendiri tak mampu jadi anak yang baik." mata Ara mula berkaca.

"Tapi you sanggup tipu I?” suaranya kini lebih perlahan, lebih kecewa daripada marah. "I ingat I kenal you, Dany"
Danial memandang Ara, matanya merah.

"I takut you tinggalkan I kalau you tahu pasal family I." Ara menggeleng perlahan.

"And now?" dia bertanya, hampir berbisik. "Apa bezanya?" Danial tidak mampu menjawab.

"You masih sukakan I?" Ara mengetap bibir kuat. Takut akan jawapan yang akan diberi.

"I will always love you, Ara" Ara menarik senyuman palsu lalu tertawa. Liurnya ditelan kasar.

"You tahu I isteri orang, kan?" soal Ara sinis. Riak wajah Danial berubah serta-merta.

"And I know you're not happy with him" Danial mengambil satu langkah, mendekatkan dirinya kepada Ara.

"What do you mean?" tubuh Ara refleks mengundur, mengelak daripada lelaki yang berada di hadapannya.

"I kenal you, Ara. I tahu you tak happy dengan Harraz"

"Dany—"

"Bagi I peluang, please?" pujuk Danial lembut. Tangannya mencuba menggapai lengan Ara untuk digenggam, namun Ara lebih cepat melangkah ke belakang.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang