Kunci keretanya digapai sebelum pandangannya dialihkan kepada sosok isteri yang sedang bersantai di ruang tamu.
"Ara, saya nak keluar beli makanan kejap. Nak ikut tak?" soal Har sambil menyarung selipar.
Ara menoleh sebelum menggeleng, "Saya nak baca buku" ucapnya sambil mengangkat buku yang sedang dibaca dengan tinggi agar dapat dilihat oleh suaminya.
Har tersenyum, "Okey, kalau ada apa-apa mesej saya" Ara mengangguk sambil memandang kelibat suaminya melangkah keluar dari rumah.
Bunyi enjin kereta yang perlahan mereda, menandakan Har sudah berlalu pergi... meninggalkan perkarangan rumah mereka.
Ara mendongak, melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 3:37 petang. Dia terlihat berfikir sejenak sebelum bangun dari duduknya, mendekati jendela ruang tamu yang terbuka sedikit luas itu.
Irisnya memandang langit yang membiru. Cuaca petang itu cerah. Angin juga bertiup perlahan... menyapa wajah mulusnya.
Beberapa ekor burung merentas pandangannya. Kicauan juga terdengar halus. Seolah-olah sedang mengungkapkan kebahagian mereka kerana bisa terbang bebas di udara.
Tidak sempat Ara menikmati angin untuk waktu yang lebih lama, bunyi hon kereta yang dipercayai kedengaran dari perkarangan rumah mengalihkan sepenuh perhatiannya.
Dahinya berkerut, "Takkan dah balik kut?" bisik batin Ara, keliru.
Langkahnya diatur mendekati pintu utama rumah agam itu sebelum dia mendapati sebuah kenderaan berjenama BMW yang diparkir tepat di hadapan pintu pagar rumah mereka.
Dia melihat sosok seorang wanita berpakaian seksi keluar dari perut kereta. Matanya meluas tatkala otaknya dapat mengesan wajah wanita itu kurang daripada sepuluh saat.
"Minah ni nak apa pula datang rumah orang? Dah lah suami aku tak ada ni" Ara menggaru kepalanya yang terasa gatal. Matanya melilau mencari tudung sarungnya yang tergantung di kerusi meja makan.
Tangannya menggapai tudung sarung berwarna hitam itu sebelum membetulkannya agar terlihat sedikit kemas. Nafasnya diatur agar stabil sebelum dia mengambil langkah berani untuk keluar menyapa tetamu yang tidak dijemput itu.
Pagar rumahnya dibuka secara manual sebelum matanya sekali lagi memeriksa pemakaian wanita yang sedang berdiri di depannya.
"Yes?" Kacamata hitam yang dikenakan Bella ditanggalkan dengan wajah jengkel sebaik sahaja melihat Ara muncul di hadapan pintu.
"Harraz mana?" soalnya tanpa basa-basi.
Ara mengangkat sebelah kening sebelum bersandar santai pada bingkai pintu. "Takkanlah boyfriend sendiri pun tak tahu?"
"Ops, sorry. I mean ex boyfriend." Ara tersengih.
"You duduk sebumbung dengan dia, kan?"
"Mestilah, I kan wife dia." Ara menghadiahkan senyuman kecil yang sengaja dibuat-buat manis.
Wajah Bella terus berubah masam. "Eh perempuan, you jangan ingat you menang just because you're married to him. You tu isteri atas kertas aje. Tak payah nak flex sangatlah. Sikit pun I tak heran."
"Mana ada I flex, I'm just telling the truth."
Bella mengeluh kasar. "Stop wasting my time, boleh tak? I malas nak bercakap dengan perampas macam you."
Ara tergelak sinis. "Lah? You ingat I hamak sangat ke nak bercakap dengan you? Dia yang datang rumah orang, menggatal dengan suami orang pula tu."
"Just answer my question."
Ara sengaja memandang atas bawah pakaian Bella sebelum menggeleng perlahan dengan riak kesian.
"You tak panas ke? Tengah hari macam ni pakai seksi, terbuka sana sini. Kalau burn nanti hitam, Harraz tak suka tahu?" ejeknya selamba.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomansaAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
