Har mengelap peluh yang kian menitis ke pelipisnya dengan kasar. Lariannya dilajukan ke atas treadmill yang berada pada mod 14 kilometer sejam.
Rahangnya diketap kuat sebelum mesin itu dihentikan tatkala dirinya sedar ada seseorang yang sedang mendekatinya.
Fon telinga tanpa wayar yang dipakainya serta-merta dicabut. Dia menoleh ke arah wanita tersebut tanpa membuka mulut.
Wanita itu menunduk sedikit, tanda hormat akan posisi Har sebagai atasannya. Layar Ipad mini yang sedang dipegangnya ditatal perlahan namun yakin.
"Bos ada reunion dengan kawan-kawan sekolah menengah hari ini di Darrel's Cook, jam 8:30 malam. Are you in?" soal Miss Dania kepada Har.
"Is Danial there?" Har turun dari treadmill sebelum menggapai botol air minuman yang dibawa dari rumah.
Air putih yang diteguk secara perlahan menyejukkan badannya. Har memandang ke luar tingkap bangunan 4 tingkat itu sebelum dia mengambil tempat di bangku kecil bersebelahan treadmill yang digunakannya.
"Unfortunately, yes" nada Miss Dania semakin perlahan, kesal akan berita yang perlu diberitahu itu.
Har memejamkan mata sebentar, memikirkan cara paling efektif untuk menolak ajakan rakan-rakannya ke majlis perjumpaan semula itu.
"Is there any possible way to reject their invitation?" soal Har sambil mengangkat sedikit dagunya untuk melihat reaksi Miss Dania.
Malangnya, Miss Dania hanya menjungkit kedua-dua belah bahunya sebelum membalas, "I mean... it's weekend."
Har menggaru pelipisnya yang tidak gatal. Nafas yang sedang diatur membuatnya sukar untuk berfikir.
"Fine. Include Ara juga... she's going with me" ucap Har lalu meninggalkan bilik gim terlebih dahulu. Miss Dania mengangguk faham lalu mengikut langkah bosnya itu.
.
.
Setibanya di butik My Pretty Diary,
bunyi enjin Range Rover itu semakin perlahan apabila Haziq mengundurkan kereta itu dengan cermat. Matanya sempat memerhati cermin sisi, memastikan jarak antara kereta dengan tembok tidak terlalu rapat. Dengan satu putaran terakhir pada stereng, kereta itu akhirnya berhenti sempurna di petak parkir.
Lelaki itu mematikan enjin, lalu suasana kembali sunyi. Har mematikan telefon pintarnya sebelum mengajak Miss Dania dan Ara untuk keluar dari perut kereta. Kedua-dua wanita itu akur akan arahan yang diberi oleh Har.
"Kita nak buat apa dekat sini?" soal Ara apabila tangannya digenggam erat oleh suaminya. Dahinya berkerut, jelas terpancar riak kebingungan di wajahnya.
"Beli baju lah" Har dan Miss Dania melangkah masuk ke dalam butik itu dengan langkah yakin. Manakala Ara, masih bingung dengan situasi yang tidak diperjelas oleh suaminya itu.
Loceng kecil di pintu butik My Pretty Diary berbunyi sebaik sahaja Har menolak pintu kaca tersebut. Ara yang berjalan di sebelah suaminya terus memandang sekeliling.
"Memang lah beli baju... tapi untuk apa?" bisik Ara perlahan, takut jika Miss Dania terdengar perbualan mereka.
"You'll know." ucap Har singkat dengan senyuman kecil di bibirnya.
Deretan gaun dan blouse berwarna pastel dan bold yang tergantung kemas membuatkan matanya berbinar walaupun ini sudah kali kedua dia menginjak kaki ke butik itu.
Har hanya tersenyum sambil memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar. "Pergilah pilih. Awak yang nak pakai, bukan saya."
Ara mengerling. "Ya lah, tapi saya tak tahu nak pilih yang mana."
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
