“Kenalkan saya Melati dan ini suami saya Bahari. Boleh panggil Kak Melati dan Abang Bahari. Apa nama cik ni?” Kak Melati memperkenalkan dirinya.
“Eh, ini kan nenek dan datuk moyang aku! Aku ingat muka dorangg! Aku ingat sebab aku tengok album tu semalam dengan nenek! Apa dah jadi ni? Aku dah pergi zaman dulu ke?” Ronta Darla dalam hatinya.
Darla masih terkaku kerana terkejut apa yang dilihatnya. Darla terdiam.
“Hey kau ni kenapa terdiam ni? Dah tak boleh bercakap atau apa?” laung Kemboja. Kehairanan dengan sikap Darla itu.
“Ahh, saya Darla Amanda, boleh panggil Darla,” balas Darla menggelabah.
“Darla ya? Marilah jemput masuk dan makan tengah hari sekali ya,” jemput Kak Melati. Mesra Kak Melati melayan Darla.
“Haa Kemboja pulang dahulu ya. Darla aku akan datang semula jika ada apa-apa berita tentang rumah kau ya. Jumpa lagi,” kata Kemboja yang mahu berangkat pulang.
Darla pun masuk ke rumah kayu itu dan duduk bersila bersama Kak Melati dan Abang Bahari di ruang tamu. Suasana rumah pun nampak sangat lama. Tiada langsung barangan elektronik dalam rumahnya. Semuanya kelihatan seperti dia ada di zaman dahulu. Dan Darla berfikir adakah benar yang dilihatnya nenek dan datuk moyangnya.
“Tak mungkinlah ini nenek moyang aku. Dia orang dah lama meninggal. Mungkin dia orang ni pelanduk dua serupa je kut,” fikir Darla dalam hati. Dia hanya berfikiran positif sahaja.
Bunyi tapak kaki kecil yang berlari menuju ke ruang tamu. Rupanya datanglah seorang budak perempuan berusia 5 tahun duduk bersama mereka.
“Haaa inilah anak perempuan kami. Namanya Dian”. Kak Melati mengenalkan anaknya.
“Shit!” jerit Darla sampai tertutup mulutnya dengan tangan.
Semua orang di ruang tamu memandang Darla dengan muka terkejut.
“Kenapa Darla? Apa yang Darla cakap tadi ya?” soal Kak Melati. Mukanya memang hairan habis.
Darla pandang sahaja budak yang ada dihadapannya itu. Muka budak itu memang serupa macam… macam budak dalam lukisan itu! Lukisan perempuan yang dukung budak itu! Muka budak dalam lukisan itu memang sama macam yang dia tengah tengok sekarang ini. Tak akanlah banyak sangat kebetulan yang jadi. Semua muka dalam lukisan yang dia tengok semalam. Dah ada depan matanya sekarang. What the… Adakah dia dah tercampak ke masa lalu?
Darla mempunyai satu soalan yang akan menjelaskan adakah benar dia sudah ke masa lalu.“Um..Kak Melati, saya nak bertanya satu soalan. Tahun berapa ni?” soal Darla sambil mengigit jarinya.
Kak Melati jeda seketika.
“Ini tahun 1630. Kenapa Darla?” Kak Melati menjawab kehairanan.
Terbeliak biji mata Darla mendengarkan jawapan Melati itu.
Dengar sahaja nombor-nombor tahun yang disebut Kak Melati itu, Darla terus melompat dan berdiri. Mulutnya dah ternganga besar. Terlampau terkejut beruk dan hampir hilang akal.
‘WHAT…jadi betullah aku ni dah tersesat kat zaman dulu ni Macam mana boleh jadi macam ni?! Takkan dia bergurau pulak kan sebab dari suasana sekeliling memang tak boleh nak dibuat ‘prank’ ke apa’ Semua ni memang nampak betul.”“AKU DAH KE TAHUN 1630 GILER!” jerit Darla.
Kak Melati dan Abang Bahari dah mula berdiri. Jelas sekali mereka dah risau dengan tingkah laku gila Darla.
“Cik Darla ada apa ni?” Abang Bahari sudah bertanya. Naik risau tambah takut suami isteri ni.
“Orang gila dalam umah!” laung Dian pula.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...