"Hadi! Mawar!" Terjerit-jerit Kemboja memanggil mereka sambil menangis teresak-esak.
Hadi dan Mawar pun keluar dari rumah melihat kekecohan Kemboja itu.
"Kenapa ni Kemboja?" Risau Mawar tak pernah lihat Kemboja begitu.
"Bubu! Dia dah nak kena sembelih! Mak tiri aku. Aku dah cuba tapi dia tak tetap nak sembelih!" Menangis teresak-esak Kemboja.
Tibalah mereka semua di hadapan rumah Kemboja. Dilihat lembu Kemboja terduduk kerana kakinya masih tercedera akibat bergelut dengan harimau hari itu.
Lehernya diikat dengan tali pada sebuah pohon besar disebelah rumah Kemboja.
Terdapat juga tiga orang lelaki yang menunggu di sebelah lembu tersebut. Mak tiri Kemoja bernama Kak Siti, juga berada di situ."Mawar, Hadi. Tolong pujuk mak aku. Tolong jangan bagi dia sembelih Bubu!" rayu Kemboja sambil menangis.
Mawar pun laju menuju ke hadapan Kak Siti dengan berani.
"Makcik, kenapa mak cik nak sembelih lembu kesayangan anak mak cik ni? Tak kesian ke dekat Kemboja dengan lembu ni?" soal tegas Mawar.
Terkejut juga Hadi kerana tiba-tiba Mawar menjadi tegas dan berani mempertahankan Kemboja.
"Oh! Bawa kawan-kawan pula kamu ya Kemboja!" tengking Mak tiri Kemboja pada anak tirinya.
Mawar yang tak puas hati melihat tingkah laku Kak Siti itu terus mengerutkan dahinya.
"Heh mak cik! Mak cik jawab soalan saya kenapa mak cik buat macam ni? Tak nampak ke anak mak cik merayu-rayu ni?" jerit Mawar.
"Kamu jangan nak kurang ajar ya budak. Aku nak sembelih lembu ni sebab kaki dia dah cedera dan membusuk. Lembu ni pun tunggu masa je nak mati. Baik aku sembelih dia dulu.
Marah Mak tiri Kemboja sambil menundingkan jadi pada Mawar.
"Mak cik tolonglah cari lembu lain. Lembu ni bermakna untuk Kemboja. Bubu ni ibarat keluarga dia dah. Jadi tolonglah mak cik, jangan!" rayu Mawar.
Dihiraukan saja kata-kata Mawar. Disuruhnya tiga0 orang lelaki yang menunggu itu ambil lembu Kemboja untuk dibawa sembelih sempena hari raya korban nanti.
"Mak cik tahu tak jasa Bubu pada orang kampung ini?" soal Mawar.
Terdiam Kak Siti dan tiga orang lekaki yang mahu mengambil lembu Kemboja itu.
"Kalau tak ada Bubu. Saya, Hadi, Kemboja dengan beberapa orang kampung dah matilah! Kalau bukan sebab Bubu datang bergelut sampai cedera macam ni, ramai yang mati!" jelas tegas Mawar sampai berair matanya.
"Ya betul tu. Bukan saya saja yang bunuh harimau tu." Hadi menambah.
"Bukan ke engkau seorang sahaja menbunuh harimau itu. Itu diperkata orang kampung. Bukan ke engkau wira kampung ini?" soal salah seorang daripada tiga orang lelaki tadi.
"Tidak, bukan aku saja. Lembu Kemboja yang banyak berkorban. Mawar dan Kemboja pun berjuang bersama saya. Tak akan kamu sekampung tergamak mahu makan daging yang menyelamatkan kamu semua?" tegas Hadi lagi.
Terdiam kaku Mak tiri Kemboja dengar kata-kata mereka itu. Tiga orang lelaki itu tidak jadi untuk mengambil lembu Kemboja dan memberikan kembali pada Kemboja.
"Huwaaa...Bubu!" nangis Kemboja sambil memeluk lembu kesayangannya.
"Kenapa kalian tidak mahu mengambil lembunya?" Membulat mata Kak Siti.
"Tidak mahulah kami makan lembu yang menyelamatkan kami. Kami mahu cari yang lembu lain," kata salah seorang lelaki itu dan mereka berlalu pergi.
Tak keruan muka Kak Siti kerana geram dengan kejadian itu. Terus dia berjalan laju masuk ke dalam rumahnya.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...