🏵️Bab 16🏵️

35 5 0
                                    

"Alamak mati aku," cemas Mawar.

"Kau sakit hati sebab apa Mawar? Hadi tak dapat membahagiakan kau?" Megat mengusap misainya.

Entah dari mana datangnya si misai berputar itu. Ingat pula dia pada Mawar. Ingatkan dah lupa.

"Tak! Aku bahagia dengan suami aku!" Mawar memberanikan diri. Mawar tak mahu takut dengan Megat. Dia tabahkan hatinya.

Megat mengangkat muka sombong. Megat mula berjalan mengelilingi Mawar secara perlahan. Dilihat teliti tubuh Mawar. Mata gatal.

"Kau ada apa dekat sini hah Megat!" Aku tak takut dengan kaulah!" tengking Mawar.

"Tsk tsk tsk, kau jangan berlagak Mawar sayang. Kalau kau bahagia, macam mana kau boleh bersendirian di tengah hujan ni? Jauh dari orang kampung lain?" soal sinis Megat.

Mawar menutup mata sambil menggeleng perlahan kepalanya. Kemudian, dia buka mata.

"Itu hal aku suami isteri! Kau jangan nak masuk campur lah!" jerit Mawar. Marah membuak-buak.

"Ush! pedih telinga aku!" Megat mengorek telinganya sambil menggelupur. Niat nak sindir Mawar.

"Aku tahu, aku tahu!" Megat mengegar-gegarkan jari telunjuknya. Langkahnya terhenti dihadapan Mawar.

Mawar cuma memandangnya tajam. Tangan Mawar kemas menggenggam kain batik di sisinya.

"Ataupun kau saja aje kan rancang untuk mengahwini Hadi? Kau saja nak lepaskan diri dari aku kan?" Tangan Megat mengcengkam kuat leher baju Mawar. Terjerit Mawar. Tapi, Mawar tetap kuatkan diri.

"Aku cintakan Hadi. Walaupun masa tu tak ada Hadi. Aku tetap tak nak kahwin dengan orang yang bermisai berputar macam kau lah!" jerit Mawar.

"Jadi betul lah kau mengelak nak kahwin dengan aku?!” Mengjegil habis mata Megat. Sakit hati. Darah di kepalanya rasa mula mendidih.

"Puh!" Mawar meludah tepat pada muka Megat. Puas hati Mawar.

Megat dah memang tak tahan dengan amarahnya. Terus ditolak kuat Mawar ke tanah.

Krek! Bunyi macam patah. Mawar terasa pergelangan tangan kanannya sakit.

"Kau tahu kan, barang siapa yang mengingkari kemahuan aku. Akanku cincang mereka cukup-cukup. Tiada jalan untuk lari!" tengking Megat pada telinga Mawar.

Megat merentap leher baju Mawar. Diangkatnya sehingga berdiri Mawar yang lemah itu.

Buk!

Tumbukan Megat singgah ke pipi Mawar. Mawar rebah ke tanah lagi sekali. Puas juga hati Megat.

"Ha-Hadi! Tolong aku!" merayu-rayu Mawar memanggil Hadi.

Terasa ada cecair yang keluar dari mulutnya. Terbatuk-batuk Mawar.

Diangkat oleh Megat lagi sekali. Mawar sudah pasrah. Mungkin ini hari terakhir dia hidup.

"Aku minta maaf Hadi. Aku degil. Aku tak dengar cakap kau. Sekarang aku tanggung akibatnya," bisik sayu hati Mawar.

PANG!

Pipi Mawar ditampar kuat. Tamparan akhir Megat. Tamparan yang penuh dengan kekuatannya.

Buk!

Mawar terjatuh lagi. Terasa pening. Kepala Mawar rasa sakit yang amat sangat. Kepalanya terasa terhentak pada sesuatu yang keras. Pandangan Mawar menjadi kabur. Terdengar langkah Megat dan konconya makin mendekat. Mawar tutup mata.

Tiba-tiba suasana menjadi kecoh. Bising seperti suara orang ramai tengah berlawan.

Mawar lihat ada susuk tubuh yang menendang Megat. Dia seorang sahaja yang berlawan dengan mereka.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now