🌼Bab 1🌼

139 10 0
                                    

Hujan lebat dengan bunyi kilat yang kuat.

“Kamu memang budak tak guna! Kamu penyebabnya ni berlaku!” Suara seorang perempuan menengking Darla yang berumur 4 tahun. 

“Sudah tu dia tak salah apa-apa. Dia cuma budak sahaja. Apa yang budak kecil ni boleh buat?” kata Puan Dahlia mempertahankan anaknya yang masih kecil. 

20 tahun kemudian

“Huakhh..” Darla menguap.

“Darla!” jerit Puan Dahlia. 

“Kamu ni Darla, cuba jadi rajin sikit tolong mama buat kerja rumah ni. Ini tak asyik tengok tv je dengan nenek kamu tu.”

“Alaaa mama. Darla penatlahh,” keluh Darla. 

“Kamu ni apa yang penat. Duduk rumah tak buat apa. Kerja pun tak ada. Apa masalah kamu ni. Pergi sidai kain tu.” Puan Dahlia berkata kepada anak daranya sambil menundingkan jari pada bakul berisi kain yang baru dibasuh. 

“Alaaa mama, kejap lagilah Darla buat,” kata Darla. 

“Darla, pergilah sidai kain tu sekejap. Lepas ni baru sambung tengok tv ya,” kata Puan Saleha iaitu nenek kepada Darla. 

Darla pun dengan gaya bermalas-malasannya, bangun dan menyidai kain di halaman luar rumah mereka. Ketika Darla menyidai kain, dia terlihat jirannya iaitu sepasang kekasih sedang duduk bersama dan sedang bermesra-mesraan. 

“Seronoklah mereka dah ada kekasih sehidup semati. Aku ni entah sampai tua pun takda agaknya,” keluh Darla di dalam hati. 

Selesai menyidai semua kain, Darla masuk ke rumah dan terkejut kerana melihat papanya sudah pulang dari kerja. 

“Eh eh papa, kenapa balik awal ni?” kata Darla kehairanan. 

“Papa saja balik awal lah, kenapa tak boleh ke?” kata Encik Omar. 

“Dah semua mari makan.” Puan Dahlia menjemput keluarganya makan tengah hari bersama. 

Mereka menikmati makanan dengan gembira sehinggalah Encik Omar bertanyakan soalan yang serius kepada Darla. 

“Darla, macam mana dengan keputusan kamu untuk belajar ke Tokyo tu? Berjaya tak?”

“Um.. belum ada apa-apa keputusan lagi,” Darla menjawab ketakutan kerana risau dimarahi bapanya. Dah lama Encik Omar menyuruh Darla memohon untuk belajar ke luar negara. 

“Betul ke kamu dah mohon? Kalau betul kamu dah mohon mesti keputusan dia dah keluar. Ke kamu saja bagi alasan supaya tak sambung belajar?” 

Darla terdiam. Dia memang tak mohon untuk belajar ke Tokyo itu. Ikutkan dia taknak pun sebab bukan minat dia nak belajar jauh sampai kena merentas laut tu. Darla kemam bibirnya.

“Kan kamu antara pelajar cemerlang dalam universiti kamu tu. Takkan kamu tak lepas untuk mohon? Kalau boleh kami teringin nak kamu berjaya. Jadi berjaya macam sepupu-sepupu kamu tu. Dapatkan kerja yang elok. Kamu ni dah 24 tahun, makin lama mama dan papa makin tua dan tak dapat nak tanggung kamu dah. Lebih baik kamu sambung saja belajar ke sana dan jangan malas.” Darla cuma mengangguk perlahan. Terima sahaja arahan papanya itu. 

Nak taknak Darla kena sambung belajar ke luar negara. Demi hasrat papanya. Supaya tak memalukan dirinya di depan sepupu Darla yang lain. Sepupu sepapat Darla memang pandai dan bekerjaya. Siapa aje yang tak jealous. Darla pula memang pandai. Tapi, sambung belajar sampai ke luar negara bukanlah minatnya. Bidang yang dia ambil pun bukan minatnya. Macam mana nak enjoy belajar kalau tak minat? Tapi disebabkan papanya, terpaksalah dia akur. Sebelum ini bolehlah dia melambatkan permohonan itu. Tapi sekarang dia terpaksa mohon betul-betul untuk belajar ke Tokyo itu. Berat rasa hatinya. Hancur terus moodnya. Selepas makan, Darla terus ke biliknya.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now