DARLA sudah ingat segala-galanya. Jalan kehidupan dia sebelum ini. Kehidupannya masuk ke dalam portal. Hidup dalam zaman yang lalu. Orang-orang yang dia kenal sebelum ini. Menangis teresak-esaklah Darla. Sedar semuanya.
"Macam mana aku boleh lupa semuanya? Semua memori, kenangan indah tu? Bodohnya aku! Aku... Aku Mawar! Kak Melati, Abang Bahari, Dian, Kemboja, Nadim dan... Hadi," keluh Darla.
"Aku kena jumpa Hadi!"
Darla cepat-cepat capai telefon pintarnya semula. Mahu menelefon Hadi. Nasib tidak menyebelahi Darla, bateri telefonnya dah habis.
"No no no!" Darla campak telefonnya ke atas katil. Dia tak mahu buang masa lagi. Terus ambil kunci kereta dan keluar dari rumah. Dia kena cepat-cepat halang Hadi dari berlepas! Macam drama.
"Arian? Mari, nanti kita terlepas flight!" laung mama Arian dari jauh.
Arian masih berdiri tegak di situ. Matanya penuh dengan air mata. Dia juga sudah melihat semua kebenaran. Rasa tak sangka dia mempunyai kehidupan yang lain. Kehidupan yang sangat ajaib. Kehidupan dia mana dia bersama Darla.
"Ma... Mawar," katanya perlahan.
"Arian?" panggil mamanya.
"Mama, papa. Arian tak nak balik. Arian nak tinggal dekat sini." Terus Arian patah balik kebelakang. Dikeluarkan telefon pintar dari poketnya. Terus cari nama 'Darla Amanda' itu. Lalu ditekan.
Namun, panggilan tak dijawab. Beberapa kali Arian cuba telefon Darla tetapi masih tak dapat. Arian pun tak mahu buang masa. Dia terus berpatah balik dan pergi ke arah keretanya. Mahu menuju ke rumah Darla.
"Eee dah kenapa kereta ni?! Kenapa tak nak hidup?!" Enjin kereta Darla dah macam hidup segan mati tak mahu.
"Aku, aku tak boleh buang masa!" Darla keluar semula dari keretanya. Langkahnya menuju keluar pagar rumahnya. Apa yang dia buat? Dia nak berlari. Berlari untuk jumpa Arian. Darla dah tak boleh berfikir waras sekarang ini. Apa yang dia fikir ialah nak jumpa Arian.
Darla masih berlari. Berlari sambil menangis.
"Hadi, tunggu aku!" Berharap supaya Hadi belum pergi lagi.
Darla tiba di satu padang yang luas. Cahaya senja melimpahi keluasan padang itu. Kawasan itu pun senyap sunyi. Tiada sesiapa yang ada di situ. Darla tak tahu dah sampai mana dia berlari. Tapi dia tetap berlari. Tiba, ada satu kereta berlalu laju ditepinya. Terkejut Darla. Laju lain macam.
"Macam kenal kereta tu," gumam Darla. Langkah kakinya terhenti terus.
"Eh! Itu kereta Arian!" Membulat mata Darla.
Secara tiba-tiba, kereta itu membrek. Berhenti tak jauh dari Darla berdiri. Darla pandang sahaja kereta itu. Dia terkaku. Adakah betul itu Arian?
Pintu kereta itu dibuka dan keluarlah susuk tubuh itu. Dia Arian. Mukanya macam tak percaya apa yang dilihatnya sekarang ini. Dia memandang Darla. Langkahnya perlahan menuju ke arah Darla. Darla hanya terdiam memandang Arian. Menunggu kehadirannya.
Semakin dekat langkahnya dengan Darla, terlihat jelas wajah sedih Darla. Terpampang mata sembab Darla kerana menangis tadi. Arian tatap wajah Darla. Mereka merenung antara satu sama lain. Terdiam seribu bahasa.
Darla lihat mata coklat pekat Arian itu. Seperti banyak yang dia mahu luahkan. Berharap dia juga ingat apa yang berlaku diantara mereka. Kemudian, Darla membuka mulutnya.
"Hadi," sebutnya.
"Mawar," serentak Arian mengeluarkan suaranya bersama Darla.
Hati Mawar rasa tersentak. Bagaikan nak melayang rasa badannya. Tak percaya yang Arian ingat kehidupanya yang lain itu. Mereka berdua dapat semua memori ini pada umur yang sama mereka betul-betul masuk ke dalam portal untuk balik ke masa hadapan.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasiDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...