Pagi menjelang. Hujan juga sudah berhenti. Bunyi burung berkicauan. Matahari pagi itu memancar.
"Huaakkksss!" Mawar menggeliat. Rasa selesa saja badannya. Rasa tak nak bangun. Dibuka matanya perlahan.
Terbeliak biji mata Mawar. Kepalanya berbantalkan lengan dan di dalam pelukkan Hadi. Tak sangka kata gurauan Hadi semalam jadi kenyataan pula.
"Mmm macam mana aku nak lepaskan diri ni? Takut kalau bergerak dia sedar. Kalau dia sedar malu aku wei!" fikir Mawar.
Mawar mendongak ke arah muka Hadi. Nampak bersinar mukanya. Tambah lagi cahaya mentari pagi itu mendarat ke wajahnya. Datang lagi idea Mawar yang gatal itu.
"Kalau aku nak cium sikit boleh tak agaknya? Hehe. Lagipun dia tengah tidur ni. Mesti tak sedar kalau cium sikit. Cium pipi bukannya teruk sangat kan?"
Mawar pandang lama muka Hadi. Bibir Mawar dijuihkan. Tutup mata. Menggatal.
"Hadi! Mawar!" jeritan kuat seseorang.
Melompat dan berdiri terus Mawar. Tak sempat nak cium. Hadi pun terbangun sampai terduduk. Terkejut.
"Ish kacau je lah yang panggil tu. Sikit je lagi!" geram hati Mawar.
Mawar terus berlari dan membuka daun pintu. Terpampanglah muka Abang Bahari dengan Kemboja. Mereka datang dengan kereta lembu. Atap kereta lembu dah hilang.
"Haaa kan betul, mereka ada dekat sini!" jerit Abang Bahari.
Beberapa hari berlalu seperti biasa. Waktu itu senja. Mawar mengangkat jemuran di luar rumah.
Sedang Mawar mengangkat jemuran itu, matanya tertarik pada dua susuk tubuh yang berada di seberang jalan. Terdapat sepasang kekasih. Bermesra-mesraan. Nampak bahagia.
Teringat Mawar kejadian ini macam pernah berlaku. Deja vu. Ya betul, perkara ini pernah berlaku semasa dia di masa hadapan. Mawar tersengih. Menggelengkan kepala.
Tiba datanglah susuk tubuh seseorang disebelahkan. Iaitu Hadi. Terus tangan Hadi capai kain di ampaian itu.
"Eh kenapa abang buat ni?" tanya Mawar kehairanan.
Hadi mengangkat bahu dan mengukir senyuman. Terus dia sambung angkat kain.
"Mawar, dulu kau fikir yang aku tak akan kahwin sampai bila-bila. Tapi, sekarang semuanya berubah. Aku tak sangka aku dah berkahwin. Tapi adakah betul yang Hadi ni jodoh aku? Aku harap sangat kau ialah takdir untuk aku, Hadi," bisik hati Mawar. Melihat Hadi sambil tersenyum lembut.
Mawar memandang Hadi. Mawar secara tak sedar berpaut dan mendagu pada tali ampaian itu. Tenung lama Hadi. Hadi perasan dengan perbuatan Mawar itu.
"Mawar janganlah pelik sangat. Abang tolong angkat kain aje." Hadi kerutkan kening sambil tersengih.
"Cantiknya mata abang." Mawar puji Hadi secara tak sengaja.
Hadi mengangkat kening. Tergamam.
"Ehhh! Um. Maaf!" Mawar terasa malu ya amat sangat sampai berlari masuk ke dalam rumah.
Hadi tersengih sampai ke telinga. Blushing.
Hari menjelang malam. Lauk pauk banyak terhidang di ruang tamu. Bau makanan harum seberbak.
"Mari semua! Makan!" panggil Kak Melati.
Semua orang pun duduk di ruang tamu. Menjamah makanan yang sedap itu.
"Sedap tak lauk-pauk ni? Mak dengan Mawar masak. Mawar ni dah handal bab masak-masak ni," puji Kak Melati.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasíaDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...