"ARIAN dah lama hilang sejak dia kecil lagi." Puan Saleha membalas.
Membulat mata Mawar. Tak sangka hal ini terjadi. Hadi tak ada? Macam mana?
"Ini tak boleh jadi," gumam Mawar.
KEESOKANNYA, Mawar berdiri tegak dihadapan tingkap biliknya. Hari sudah senja. Mawar mahu membuka portal itu semula. Dia mahu balik berjumpa Hadi. Mesti ada kesilapan. Mungkin portal itu terlupa nak bawa Hadi kesini. Mungkin.
Mawar teringat yang portal itu akan bawa kita kemana-mana sahaja yang dia suka. Mungkin mereka terpisah dan Hadi berada di tempat lain. Dia mahu cari Hadi. Sesudah Mawar menyanyikan lagu itu. Semuanya terasa biasa. Tiada apa yang berubah. Tiada apa yang berlaku. Mawar cuma melangkah ke depan tapi portal itu tiada. Portal itu tak muncul. Kenapa? Mawar tak putus asa. Dia nyanyikan semula lagu itu. Namun tetap sama. Portal tiada. Mawar berusaha sehingga senja mula hilang.
Mawar berasa sangat hairan. Dia tak faham apa yang kurang? Mawar masih teruskan usahanya. Dia tak mahu putus asa. Mawar cuba lagi keesokannya. Cuba lagi hari yang seterusnya dan akhirnya selama satu bulan tanpa henti. Mawar mengulangi lagu itu dibawah senja. Tapi tetap tiada portal.
"Kenapa?! Kenapa portal itu tiada? Mana?! Hadi!"
BEBERAPA hari berlalu selepas itu. Mawar hanya terperuk di dalam bilik gelapnya. Duduk di atas katil sambil memandang tingkap biliknya. Matanya kuyu dan lebam. Menangis dah beberapa hari. Mengenangkan apa yang salah.
Bunyi pintu dikuak.
"Darla?" panggil Puan Saleha. Dia datang ke arah Mawar lalu duduk disebelahnya. Mawar tak beri apa-apa reaksi. Matanya sayu memandang tingkap itu.
"Nenek risaukan Darla. Kami semua risaukan Darla. Okey, Darla jadi macam ni sebab kena sambung belajar ke luar negara kan?" Puan Saleha gosok bahu Mawar. Mawar hanya geleng perlahan kepalanya.
"Habis tu, apa Darla? Sebab mimpi tu ke? Kalau ini semua sebab mimpi tu. Darla kena ingat tu semua mainan tidur," pesan Puan Saleha.
"Mimpi?" gumam Mawar perlahan.
"Tapi mainan tidur boleh jadi kenyataan kalau kita usaha, kejar dan percayakan mimpi tu. Dan Mawar kena ingat yang Mawar tak keseorangan. Nenek akan selalu ada dengan Darla. " Puan Saleha tenung Mawar yang masih tak beri reaksi apa-apa itu.
"Tak apalah Darla. Berehatlah ya." Puan Saleha cium kepala Mawar lalu keluar dari bilik.
Mimpi? Adakah semuanya adalah mimpi semata-mata?
"Mimpi? Tak akanlah semuanya mimpi? Semua benda yang aku lalui. Semuanya rasa betul. Setahun aku dekat sana. Kak Melati, Abang Bahari, Dian, Kemboja, Nadim... Hadi." Luruh air mata Mawar. Tak percaya semuanya adalah mimpi.
"Hadi! Tolonglah! Jangan tinggalkan aku lagi. Baliklah Hadi! Apa yang salah? Apa silap yang aku buat? Kenapa... Kenapa mimpi itu rasa sangat betul. Aku tak akan lupa. Tak akan lupa semua yang aku lalui itu. Walaupun hanya mimpi." Mawar pangguh kepalanya. Menangis sepuas hati. Dia harus terima yang semuanya adalah mainan tidur semata-mata.
"Mawar.." suara lembut itu memanggilnya.
Suasana berangin. Langit cerah. Waktu senja. Padang itu. Padang tempat Hadi selalu memanah. Mawar cuba cari suara yang memanggilnya tadi. Matanya meliar disekeliling padang. Akhirnya, Mawar jumpa milik suara itu. Hadi yang berada di tengah padang itu.
"Hadi..." Laju kaki Mawar berlari ke arah Hadi.
Sampai sahaja dihadapan Hadi. Kakinya terhenti. Dilihat teliti seseorang dihadapannya itu. Betulkah ini Hadi?
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...