Mawar berjalan kehulur-kehilir di dalam bilik.
"Kenapalah banyak sangat benda memalukan jadi dekat aku ni! Mula-mula tidur berjalan pastu minta tolong dia macam tak ada benda jadi. Ini pulak Dian tanya benda macam tu. Kena reject pula tu! Aduhhh," bebel Mawar seorang diri.
"Tak ada harapan lah aku nak mengurat dia." Pasrah Mawar. Walaupun Mawar memang tak ada keberanian nak mengurat Hadi itu. Cakap dan suka je lebih. Bertindak memang lambat lagi.
Mawar sudah beberapa hari duduk di rumah itu. Mawar juga melakukan tugas di rumah seperti memasak dan membantu apa yang patut. Nak bangun lambat pun tak boleh sebab tak selesa tidur atas lantai lama-lama. Tanpa dia sedari, sepertinya dia sudah pandai menguruskan kerja rumah. Dia juga sudah mahir memasak nasi goreng yang diajar oleh Hadi. Dan yang lagi hebat, Mawar dah dianggap macam keluarga oleh Kak Melati dan Abang Bahari. Mereka pun tak kisah kalau Mawar nak tinggal lama-lama di sini.
Mawar sedang menyidai kain diampaian luar rumah. Teringat dia suasana rumahnya di masa hadapan. Menitis juga air matanya kerana rindu dengan mama, papa dan neneknya. Sudah beberapa hari tak berjumpa.
"Eish..apalah khabar mama, papa dengan nenek tu ya? Sihat ke dorang? Apa reaksi dorang aku hilang ni? Macam manalah aku nak balik sana?" Semua soalan bermain di fikiran Mawar.
Selesai Mawar menyidai kain, dia mahu naik ke rumah. Tiba-tiba keluar Hadi sambil membawa busur dan panah bersamanya.
"Nak ke mana ni Hadi? Dengan bawah busur dan panah ni?" soal Mawar.
"Nak pergi..."
"Hadi nak pergi berlatih memanah. Apa kata Mawar ikut sekali Hadi. Lihat dia memanah. Mawar mesti bosan kan duduk di rumah sahaja. Pergilah ikut. Hadi bawa Mawar sekali ya," Tak sempat Hadi membalas, Kak Melati mencelah.
Hadi mengangguk tanda setuju. Mawar senyum tercengang sahaja dan setuju mengikut Hadi berlatih memanah.
Mereka pun berjalan kaki pergi ke tempat memanah. Suasana kampung sangat tenang dan damai. Sambil berjalan, Mawar menutup mata dan menikmati udara segar.
"Hmm segarnya udara dekat sini, berbeza dengan tempat aku." Berjalan sambil meletakkan tangan kebelakang.
"Kenapa dengan tempat kau?" soal Hadi.
"Tempat aku lain dengan tempat kau. Macam alam lain. Kalau aku cerita mungkin kau takkan percayalah." Senyum Mawar sambil tutup mata.
"Kau ni orang bunian ke?" Selamba Hadi teka.
"Eh taklah, aku manusia lah. Cumanya mungkin masa kita berbeza."
"Apa dia?" hairan Hadi.
"Tak ada apalah Hadi. Tempat aku cuma jauh dari sini. Susah nak balik ke sana. Tapi satu masa nanti aku akan balik. Aku yakin."
Hadi hanya mendengar kata-kata Mawar walaupun dia tak faham apa yang Mawar maksudkan.
Akhirnya mereka sampai di tempat memanah. Suasana di padang yang luas dan
mempunyai satu pondok kecil tempat menyimpan barang."Kau duduklah tepi pondok ni. Aku nak memanah sekejap." Hadi menyuruh Mawar duduk. Mawar pun turuti.
Hadi pergi ke tengah padang dengan membawa busurnya. Sebelum memanah, Hadi mengikat rambut yang panjang paras bahunya.
"Huyoo...seksi wo lelaki ni. Lagi hensem kalau ikat rambut. Wow." Mawar gigit bibir bawahnya.
Beberapa jam kemudian, Mawar masih menunggu Hadi yang masih belum habis berlatih memanah. Hadi punya sekejap tu beberapa jam ya.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...