TAK sempat lanun itu mahu menyerang Nadim, dia dah tumpas ditumbuk Hadi. Nadim terkejut. Sekali tumbuk dah menyiarap ke lantai? Handal betul Hadi. Hadi hulurkan tangan pada Nadim. Nadim pegang tangan Hadi. Terus berdiri.
"Ma..macam mana ayah...""Penumbuk kau lemah. Genggaman tangan kena betul." Hadi tunjukkan cara genggaman yang betul pada Nadim.
"Alirkan tenaga kau ke penumbuk. Tumpukan perhatian pada mana kau nak tumbuk. Titik lemah. Hidung, rahang atau leher. Tumbuk sekuat hati. Dan jangan main tumbuk ikut perasaan kau je. Aku dah ajar kau sebelum ini kan?" tegas sudah suara Hadi.
Nadim telan air liur kesat. Dengar ayahnya mengajar lagi menakutkan daripada berlawan dengan lanun. Lagi-lagi lupa dengan ajaran Hadi.
"Semua lanun ini lemah. Dua tiga kali tumbuk dah tumpas. Jadikan ini sebagai latihan." Latihan kata Hadi. Baginya nak lawan lanun-lanun ini senang. Apa pun Nadim angguk sahaja.
Nadim cuba fokuskan dirinya. Sedut udara banyak-banyak dan hembus kuat-kuat. Dia ikut kata-kata Hadi. Lalu, diberi penumbuk padu pada lanun yang ada berdekatan dengannya. Terhempas badan lanun itu kelantai. Terus tak sedarkan diri. What!
"Menjadi! Yey!" Sorak gembira Nadim.
Tiba Hadi menumbuk seorang lanun yang baru sahaja nak terkam Nadim itu. Nyaris Hadi laju. Terkaku Nadim.
"Fokus. Dan mari kita belasah semua lanun ni." Hadi tersengih sinis. Nadim terus rasa bersemangat. Teruja nak membelasah semua lanun tak guna itu bersama Hadi.
Mereka pun bertarung dengan gembiranya. Memberi sepakan dan buku lima pada semua lanun itu. Mereka memang enjoy belasah orang. Lagi-lagi semua lanun itu lemah belaka. Atas kapal ini ibarat taman permainan dah bagi mereka.
Mawar dan Kemboja pula masih bersembunyi dalam peti itu. Lama-lama memang bosan duduk dalam itu.
"Bila semua ni nak berakhir Mawar. Aku risau. Agaknya apalah jadi dengan Hadi dan Nadim tu ya?" Kemboja merungut.
"Tak apa Kemboja. Jangan risau. Aku yakin mereka tu kuat." Mawar sangat yakin. Entah mana pergi rasa risaunya tadi.
Tiba-tiba kedengaran bunyi perempuan-perempuan menjerit di luar peti itu. Tadi senyap sunyi aje. Mawar cuba buka sedikit peti itu. Mereka mengintai keluar. Ternampak semua penumpang-penumpang perempuan dikumpulkan di sini. Semuanya nampak sangat ketakutan. Rasa kasihan pula pada mereka. Kalau peti ni besar bolehlah sumbat mereka dalam ini. Di belah kiri dan kanan sekumpulan perempuan itu ada dua orang lanun yang kawal mereka.
"Aku nak tolong mereka semua," kata Mawar. Tiba-tiba rasa berani.
"Kau biar betul Mawar?" Berkerut kening Kemboja.
Mawar cuba belek-belek barang yang ada dalam peti itu. Terjumpa dua batang kayu yang agak besar. Besar macam kayu baseball. Mawar tersenyum sinis.
"Kau fikir tak apa yang aku fikir?" Mawar dah pegang kayu itu.
Kemboja yang memahami terus tertepuk dahinya sendiri. Reda.
Buk! Pukulan kayu itu terhentak kuat pada dua orang lanun itu. Tumbah terus mereka selepas dikatuk kuat oleh Mawar dan Kemboja dari belakang lanun-lanun itu. Perempuan-perempuan yang ketakutan itu pun beri kerjasama. Diam sahaja supaya tak kantoi. Terbaik!
Mawar dan Kemboja terus bagi high five. Mereka berjaya tumpaskan dua lanun itu bersama. Kemboja pun dah jadi berani disebabkan semangat dari Mawar.
"Kita kena lindungi semua orang ini. Kita pukul lanun-lanun yang cuba nak naik ke ruangan ini," arah Mawar.
Kemboja angguk faham. Mereka berdua genggam kuat kayu yang berada di tangan mereka. Tibalah lanun–lanun itu. Cuba menyerang. Tak sempat lanun itu naik ke ruangan itu, sudah dihentak kuat kepala mereka dengan kayu itu. Senang betul. Macam game.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantezieDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...