🌵Bab 9🌵

43 3 0
                                    

Mawar,Mawar,Mawar,Mawar!” Memegang kedua belah pipinya sendiri. Nama Darla juga sudah dilupakan kerana selalu dipanggil Mawar.

Merah padam muka Mawar kerana kejadian tadi. Tak tentu arah langkahnya di ruang dapur itu. Berbunyi-bunyi lantai dapur kayu itu dipijak berjalan ke kanan dan ke kiri.

“Akak Mawar!!” jerit Dian dari pintu dapur.

Terhenti terus langkah Mawar yang tak tentu arah itu dan terus memandang Dian.

“Kak, kenapa! Kenapa Kak Mawar gegar-gegar rumah ni!!” Marah nampak gayanya budak kecil itu sambil memegang anak patungnya yang terjuntai dari tangan kecilnya.

Tak sedar kakinya dihentak banyak kali sampai bergegar rumah kayu itu.

"Oh hahaha... Dian sayang. Kak Mawar minta maaf. Kak..um..Kak Mawar menari je tadi tu. Maaf ya Dian hehe." Datang melutut Mawar didepan Dian sambil memegang bahu kecil Dian.

Dian pula menjuihkan bibirnya ke atas dan menyilangkan tangan ke dada.

"Alahai comelnya budak ni merajuk! Janganlah merajuk. Akak Mawar janji tak buat dah." Dibelai rambut lembut Dian itu.

"Janji ya jangan gegar-gegar dah?"

"Iya janji. Hahaha." Gelak Mawar.

                       

Mawar sedang memasak nasi goreng.

"Aku suka perempuan yang boleh masak nasi goreng." Teringat ayat Hadi tadi. Ianya masih bermain dalam fikiran Mawar.

"Ish betul ke apa aku dengar tadi?" Mawar usap dagu sendiri.

"Aku ke? Tapi bukan aku seorang aje boleh masak nasi goreng. Ramai lagilah perempuan boleh masak, Mawar! Jangan perasan. Oh my god, pening aku macam ni."

Selesai Mawar memasak nasi goreng terus di letak nasi goreng itu dalam pinggan. Mawar pun menuju ke bilik Hadi sambil bawa sepinggan nasi goreng dan satu cawan air kosong.

"Nah Tuan Putera Hadi, nasi goreng kau dah siap. Makanlah." Terus dihulur pada Hadi.

Hadi diam sahaja.

"Kenapa? Kau tak nak ke?" Pelik Mawar.

"Kau suapkan aku," pinta Hadi mencebik. Ini kali kedua dia mencebik dengan Mawar. Jangan pulak disebabkan cebikkan dia tu membuatkan mood dia gila nak marah aku tak tentu pasal macam kejadian dekat padang itu.

"Hah.. tangan kau bukan dah boleh gerak ke? Makanlah sendiri," geram Mawar. Lebih baik Mawar dahulu yang berbad mood.

"Mengada-ngada pulak budak besar ni. Tadi tarik aku yang berat gajah macam ni larat pulak. Nak suap sendiri tak larat. Mengarut! Tapi aku suka hehe," bisik hati Mawar geram tambah blushing.

"Tak apalah." Baring semula Hadi membelakangi Mawar.

"Aduhh budak besar merajuk pulak!Pandai pulak dia merajuk." Bisik hati Mawar.

"Ish, ya lah! Cepat duduk aku suapkan!" Kasar suara Mawar. Sudu berisi nasi goreng itu dihalakan pada Hadi. Hadi pun duduk laju.

"Nganga lekas!" Tegas Mawar.

Hadi membuka mulut dan makan nasi goreng yang disuap Mawar itu.

"Sedap tak?" Kasar juga suara Mawar bertanya. Sebenarnya hendak sahaja Mawar tersenyum tapi ditahannya.

"Mmhhm sedap. PUHHH." Tersembut nasi goreng dari mulut Hadi sampai terkena muka Mawar. Habis penuh muka Mawar dengan nasi goreng dan air liur Hadi.

"ARGHHHHH HADI!!" jerit kuat Mawar geli.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now