🍂Bab 11🍂

48 3 0
                                    

Suasana riuh rendah. Ruang tamu itu dipenuhi gerombolan manusia dengan membawa jambangan bunga, perhiasan dan makanan. Itulah rombongan meminang untuk Mawar.

Seorang lelaki memakai baju melayu lama berwarna kuning keemasan duduk bersila. Misainya panjang sehingga melengkung di hujungnya. Walaupun baru berusia 30 tahun misainya panjang macam orang tua.

"Ehem...tuan hamba kenal patik ini siapa?"

"Ya kami kenal tuan hamba siapa. Tuan hamba bernama Megat. Seorang pahlawan terkenal dan bangsawan dari kampung belah utara," balas Abang Bahari yang berada di ruang tamu itu bertemankan Kak Melati.

"Macam mana ni bang, nak ke Mawar kahwin dengan dia? Kalau Mawar tolak, kita dalam bahaya," bisik Kak Melati pada suaminya.

"Tak apa Melati, kalau Mawar tak nak kahwin dengan dia. Ada satu cara yang boleh selamatkan dia."

"Maksud abang cara yang itu ke?" teka Kak Melati.

                             

Mawar dan Kemboja pula duduk di dalam bilik Mawar. Gelisah mereka berbincang.

"Mawar, kamu nak ke kahwin dengan orang bangsawan tu?" soal Kemboja sambil berjalan ke kiri dan ke kanan.

Mawar yang nak dipinang, Kemboja pula yang risau.

"Mestilah aku tak nak Kemboja! Aku tak kenal dia siapa," resah Mawar tergigit kukunya. Dah lah tersesat ke masa lalu. Lepas itu kena kahwin dengan orang entah mana. Memang Mawar tak nak lah.

"Tapi Mawar kau kena terima! Kalau tak mati kita semua" Digoncang bahu Mawar.

"Kenapa pulak mati ni?" Terjungkit kening Mawar.

"Tiada sesiapa yang boleh tolak pinangan Megat tu! Kalau tak, dia nak berperang!" Kemboja memegang kepalanya.

"Kenapa pula dia nak berperang ni? Tolonglah Kemboja ceritalah betul-betul!"

"Tak ada sesiapa boleh tolak pinangan dia. Siapa yang tolak akan dicincangnya satu keluarga. Ada beberapa perempuan yang dia sudah pinang tapi ditolak keluarga perempuan itu. Beberapa hari lepas tu, keluarga mereka hilang entah kemana. "

"Hah? Kenapa sampai macam tu?"

"Sakit hati barangkali. Tiada siapa boleh menentang kemahuan dia, Mawar!”

Mawar bertambah gelisah kerana tidak tahu berbuat apa.

"Isterinya sudah masuk empat. Ada berita mengatakan dia sudah bercerai dengan isteri pertamanya. Itu lah pasal dia mahu tambah isteri lagi. Itu pun isteri pertama dia hilang entah kemana. Kena bunuh agaknya."

"Ish, janganlah buruk sangka macam tu! Tapi kenapa dia pilih aku?" Mawar mencebik.

"Ish, dah terang lagi bersuluh kau tu cantik Mawar. Mungkin berita kau sesat di kampung ini tersebar ke kampung dia dan ada yang mengatakan kamu ni cantik." Kemboja silang tangan ke dada.

"Tolonglah aku Kemboja, macam mana aku nak lepaskan diri ni? Huaaaa!" Merengek-rengek Mawar sambil pegang tangan Kemboja.

"Ada satu cara sahaja...."

"Mawar, kamu kena kahwin dengan Hadi." Kata-kata Kemboja terpotong. Tiba-tiba sahaja Kak Melati masuk ke bilik.

"Hah...kahwin dengan Hadi? Apa Kak Melati cakap ni?" Membulat mata Mawar mendengar kata-kata Kak Melati. Ini mimpi ke realiti?

"Ya Mawar, cakap yang kamu dah nak kahwin dengan Hadi. Kak Melati tahu kamu tak mahu kahwin dengan anak bangsawan tu kan. Jadi satu-satu caranya untuk selamat, kita bagi alasan kamu memang nak kahwin dengan Hadi," rayu Kak Melati.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now