💗Bab 17💗

42 2 0
                                    

Saya… Saya yang tolong Hadi belasah Megat dan konco-konconya hari itu.”

Mawar tak sangka. Seorang lagi lelaki yang nampak samar-samar hari itu ialah Nadim. Nadim berlawan? Tolong Hadi? Tolong Mawar?

“Waktu itu, saya tengah berjalan dekat situ. Tiba-tiba saya terdengar bunyi lelaki tengah bertempik. Lepas itu, saya dengar suara perempuan menjerit. Saya tak sedap hati. Saya tahu ada sesuatu yang tak kena terjadi. Saya pun datanglah. Saya nampak Tuan Hadi tengah bergelut dengan Megat dan konco-konconya. Dan saya nampak Cik Mawar dah terbaring dekat atas tanah. Saya pun teruslah belasah Megat dan konco-konconya,” sambung Nadim lagi.

“Macam mana Nadim tahu saya berpihak pada Hadi?” soal Mawar lagi.

Nadim tersenyum sebelum menjawab.

“Saya tahu yang Cik Mawar berpihak pada Hadi sebab saya perasan yang Cik Mawar lihat pada Tuan Hadi. Lepas kami belasah dan halau Megat dan konconya, Tuan Hadi terus meluru ke arah Cik Mawar. Dia nampak sangat risau. Dia nampak sangat sayangkan Cik Mawar. Saya rasa simpati dengan keadaan Cik Mawar. Jadi saya nak tolong Cik Mawar.”

Mawar bagaikan tak percaya. Betapa risaunya Hadi pada dirinya. Benarkah Hadi menyayanginya? Timbul rasa bersalah Mawar. Dan rasa dia telah susahkan Hadi dan… Nadim. Mawar tersedar sesuatu.

“Maksudnya, Nadim sendiri yang nak rawat saya? Tiada siapa yang panggil Nadim?” terkejut Mawar.

Nadim tergelak kecil. Asyik gelak aje.

“Ya, Cik Mawar. Saya yang tawar diri nak jaga Cik Mawar. Tak ada sesiapa yang panggil saya,” ujar Nadim. Tapi disebalik suaranya itu seperti memaksudkan sesuatu yang lain.

“Tapi, kenapa…”

Tak sempat Mawar nak habiskan soalan itu, Hadi masuk ke dalam bilik. Mukanya terus berubah garang. Pandang tak puas hati pada Nadim. Ternampak Nadim telan liurkan. Kesian, Nadim takut.

Sniff sniff. Mawar cuba bau keadaan bilik itu.

“Bau apakah ini? Haa… Ini bau jelaous!” bisik hati Mawar. Mawar tergelak kecil.

“Mawar lapar?” tanya Hadi.

Of course, im starving! Bruh…” Mawar angkat sebelah keningnya. Saja nak menyakat Hadi. Mesti dia tak tahu maksud ayat itu.

Seperti dijangka, automatik Hadi angkat sebelah keningnya. Pelik dengan Mawar. Entah apa maksud ayat Mawar itu. Tiba-tiba, Nadim tergelak. Kepala Mawar laju memandang Nadim yang tergelak besar itu. Hadi pun pelik memandang Nadim.

“Kenapa Nadim gelak? Dia faham ke apa yang aku cakap? Dia tahu ke bahasa inggeris?” mulalah hati Mawar tertanya-tanya.

Reda sahaja gelak Nadim, Nadim berdehem. Semua terdiam. Menunggu penjelasan dia.

“Cik Mawar memang kelakar. Mesti Cik Mawar terkejut yang saya boleh faham kata-kata Cik Mawar kan? Ingat tak saya pernah cakap yang pernah mengembara? Saya belajar banyak benda termasuk bahasa inggeris dan bahasa lain juga,” jelas Nadim.

“Oh, patutlah. Hehe.” Mawar rasa lega sebab tak cakap benda yang merapu. Kalau tak memang bawa aib.

“Apa maksudnya?” soal Hadi pula.

“Mestilah saya lapar! Itulah maksudnya.” Okey Mawar dah insaf. Dia tak nak rahsiakan lagi maksud-maksud bahasa inggeris yang dia dah cakap depan Hadi. Nanti dia nak hukum lagi.

Petang itu, Mawar duduk bersantai di dalam biliknya. Tak tahu nak buat apa. Bosan. Hadi pula pergi berjumpa penghulu kampung. Ada hal penting katanya. Sekarang dah masuk beberapa hari Mawar melekat dekat dalam bilik. Kena, harus dan wajib diam dalam bilik sampai sembuh.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now