TOK tok!
"Assalamualaikum, Nadim. Ada kat rumah ke tak?" Mawar beri salam di hadapan pintu rumah Nadim. Diketuknya berkali-kali pintu rumah itu.
"Hadi cuba tolak daun pintu itu. Terbuka. Tak berkunci. Mereka pun melangkah masuk. Kosong.
"Aik? Mana Nadim? Keluar ke?" gumam Mawar.
"Mungkin," Hadi membalas.
Krek
Bunyi lantai kayu seperti dipijak. Atau bunyi langkah kaki yang semakin mendekat. Hadi dan Mawar cuba menjenguk ke arah dapur itu. Timbul Nadim yang sedang menuju ke arah mereka.
"Oh Nadim. Ada pun. Ingatkan keluar," tegur Mawar.
Namun Nadim diam sahaja. Dia berjalan sehingga betul-betul di hadapan Hadi. Hadi pandang pelik pada Nadim.
"Nadim?" panggil Hadi.
Dilihat mereka teliti. Mata Nadim tertutup rapat. Sambil mulutnya macam mengungah sesuatu. Rupanya Nadim tidur berjalan.
"Ni tidur berjalan ni. Hahaha. First time tengok Nadim macam ni!" Tergelak Mawar.
Tiba Nadim jatuh di pangkuan Hadi. Hadi terus tahan Nadim dari terjatuh. Dah terlena Nadim di pangkuan ayahnya.
"Oh my!" Tergamam Mawar. Tekup mulut sendiri.
"Dia ni memang anak Mawar," kata Hadi sambil berusaha menahan badan Nadim yang berat itu.
Hadi dan Mawar pun bawa Nadim masuk ke bilik dan baringkan dia di tempat tidurnya. Nampak lena sangat dia tidur. Ini kalau orang nak merompak memang tak sedar. Nak culik dia pun boleh.
Mawar tersenyum sahaja. Sejuk mata memandang anaknya. Terus Mawar duduk di sisi Nadim dan usap rambutnya. Kemudian pandang Hadi.
"Ajaib kan? Macam mana kita semua boleh tersesat ke tahun yang sama? Sampai boleh jumpa anak kita sendiri." Lama Mawar memikirkan hal itu sebenarnya. Macam mana semua ini terjadi? Dan kenapa benda ini terjadi?
"Mungkin portal tu ada sebab hantar kita kesini." teka Hadi. Mawar angguk. Dia pun merasakan semua yang terjadi ini ada sebabnya.
Hari sudah petang. Mawar dan Hadi sengaja membiarkan Nadim tidur. Selepas Nadim bangun, barulah mereka mahu memberitahu yang mereka sudah menjumpai ayat untuk membuka portal itu.
"Huargh!" Nadim sedar dari tidur. Menggosok matanya. Dilihat hari di luar sudah lewat petang. Melompat dia bangun dari tidur.
"Alamak! Terlajak tidur!" Terus Nadim keluar bilik. Hendak teruskan kerjanya itu.
Sampai sahaja ke ruang tamu. Ternampak mama dan ayahnya susah tertidur. Hadi tidur bersandarkan dinding manakala Mawar tidur baring berbantalkan riba Hadi. Terus Nadim duduk dihadapan mereka berdua. Tersengih. Nampak bersih muka mereka dengan cahaya matahari petang yang memancar ke arah mereka.
Tiba sesuatu menarik perhatian Nadim. Lukisan yang ada dalam tangan Mawar dipandang lalu diambil. Dilihat gambar itu dan dipusingkan kebelakang. Terbeliak mata dan ternganga mulut Nadim.
"Ayat? Sekejap... mereka jumpa Nadim sebab nak bagi benda ini ke?"
Melompat gembira Nadim. Bergoncang rumah itu. Terlampau teruja.
Terbangun Mawar dan Hadi. Alangkah terkejutnya mereka tiba-tiba rumah bergegar.
Mawar dan Hadi pandang tak puas hati pada Nadim. Nadim buat tak tahu. Dia melayan perasaan teruja dia daripada tadi lagi.
"Mama, ayah! Ini ke ayat untuk buka portal itu?" tanya Nadim dengan sinaran dalam matanya.
Mawar tersenyum lembut dan angguk.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasíaDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...