🌻Bab 8🌻

53 5 0
                                    

Pintu dibuka. Rupanya Dian masuk dengan memegang anak patung ditangannya. 

'Akak Ma..Mawar, Dian dah ngan...ngantuklah. Nak tidur dengan Ak..Akak Mawar boleh tak?" Dian bercakap sambil menguap.

Berdiri terus Mawar sambil kesat air matanya.

"Haha comelnya kamu Dian!" Mawar menuju ke arah Dian dan mencubit pipinya.

"Aduhh cakitt Akak!" rengek Dian menggosok pipinya.

"Boleh Dian sayang. Mari tidur dengan Akak Mawar." Terus Mawar mendukung Dian lalu keluar dari bilik Hadi. 

Sebelum keluar, Mawar menjenguk sikit pada pintu Hadi dan memberi senyuman lembut pada Hadi. Hadi membalas senyuman itu.

Tersengih Mawar sambil menuju ke biliknya.

"Hensem betul Hadi bila senyum. Rasa nak gigit je dia. Nasib baik harimau dah gigit dulu. Kalau aku gigit sekali bertambah parah pulak kang. Hehe," bisik hari Mawar.


Mawar dan Dian sudah berbaringan di atas tikar itu. Dicahayai dengan lampu minyak.

Dian pula masih membelek-belek anak patungnya itu. Dia bercakap-cakap perlahan.

"Dian, apa Dian cakap tu?" Sambil mengiringkan badannya ke arah Dian.

"Di..Dian bukan cakaplah. Itu lagu. Arwah opah yang ajar. Dian suka lagu ni." Sambil membelek patungnya.

"Lagu? Lagu apa tu? Boleh nyanyikan?"

“Boleh.” Dian angguk.

Aimsah dumueuka. Abhath eaniy taht sama' alshafaq. Amsah dumueaka. Daeuna nahrab 'iilaa 'awqat 'akthar saeadatan.” Lembut lagu itu dinyanyikan oleh Dian.

Dian pandang Mawar. Selepas itu, Dian kembali membelek anak patungnya.

"Sedap lagu tu. Dian tahu maksudnya?" soal Mawar.

Dian hanya menggelengkan kepala tanda dia tak tahu.

"Mari sini Dian peluk Kak Mawar." Mawar menarik badan Dian ke dalam pelukan dia.

Tergelak kecil Dian suka dipeluk oleh Mawar.

                      

Sudah tengah malam, Dian sudah tertidur dalam pelukan Mawar. Mawar pula masih belum tidur. Hanya memandang atas atap nipah rumah kampung itu.

Lalu Mawar memandang muka comel Dian yang sedang tidur.

"Agaknya, Dian ni emak kepada siaplah dekat masa depan nanti. Emak kepada nenek ke? Ataupun emak kepada moyang? Kalau kira-kira Dian ni moyang keberapalah ya? Dah lah aku tak tahu sangat nak bermatematik ni. Lantak lah janji semua dalam rumah ni masih keluarga aku." Dicium dahi Dian yang kecil itu. Menitis air mata Mawar menahan rindu pada keluarganya di masa hadapan.

Tiba-tiba tekak Mawar terasa haus. Lalu Mawar pergi ke dapur 

Sampai ke dapur, Mawar dapur sudah terang dan ada susuk tubuh seseorang sedang duduk di atas lantai. Rupanya Kak Melati yang sedang minum.

"Kak Melati, haus jugak ke?" sapa Mawar.

"Eh terkejut Kak, ya Kak Melati haus pulak tengah-tengah malam ini. Mawar pun sama ya?" Terus Kak Melati memandang Mawar laju. Kak Melati memang suka bangun tengah malam.

Mawar pun mencapai cawan dan jag berisi air kosong. Dituangnya air ke dalam cawan lalu terus diteguknya. 

"Um..patut ke aku tanya Kak Melati pasal baju yang aku ternampak dalam almari tu? Tapi takut benda ni aku tak boleh tahu. Itu sebab mereka rahsiakan. Tapi aku memang betul-betul nak tahu. Mungkin kalau betul baju tu ialah baju Hadi. Bolehlah aku bekerjasama dengan Hadi untuk balik ke masa depan. Kalau aku tahu, aku boleh cari jalan pulang!" fikir Mawar.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now