TERKEJUT Nadim. Apa pula yang menyakiti Megat? Nadim pandang ke tepi. Bersinar terus matanya.
"Ayah, mama..." sebutnya perlahan. Rasa macam tak percaya.
Hadi memegang teguh busurnya. Mawar juga ada disisi Hadi. Mereka datang untuk selamatkan Nadim. Nadim berasa amat lega dengan kemunculan mereka.
"Sial!" jerit Megat. Dia menanggalkan anak panah yang tertusuk pada bahunya itu. Dicampak anak panah itu ke tanah. Dia pandang ke arah Hadi dan Mawar. Mukanya bengis teruk. Sakit hati teramat sangat.
Hadi meneruskan tindakannya. Diambilnya anak panah dan terus dilepaskan ke arah Megat. Bertalu-talu anak panah itu dipanah ke arah Megat tapi semua dielaknya. Memang pelik. Manusia ke kalau boleh elak semua panahan itu?
Megat gelak besar lagi. Suka dirinya tak terkena panahan Hadi. Hadi mendengus. Dicampak busur dan panah ke atas tanah lalu dikeluarkan kerisnya. Berlari laju ke arah Megat. Mahu dibunuhnya dari jarak dekat. Megat juga berlari laju ke arah Hadi.
Shingg
Bunyi keris mereka berlaga. Pertempuran yang agak sengit. Mengerikan. Nadim terpegun dengan cara Hadi berlawan. Sangat hebat. Pergerakannya sangat laju. Jauh lebih hebat dari Budi dan Awang tadi. Megat nampak sedikit tercabar.
Mawar cepat-cepat mengutip busur dan beberapa anak panah di atas tanah itu. Busur yang Hadi guna tadi. Kemudian Kemboja datang.
"Kita kena tolong kawan-kawan Hadi. Mereka cedera parah," kata Kemboja. Mawar bersetuju. Mereka pun pergi ke arah Budi dan Awang. Terlihat Nadim sedang berusaha merawat Budi dan Awang.
Dekat sahaja Mawar dan Kemboja dengan mereka, Nadim terus memandang Mawar dan Kemboja. Dia tersenyum lega. Terus dia berdiri dan mendakap Mawar dan Kemboja serentak. Lega mereka selamat.
"Nadim dah buat silap. Mereka selamatkan Nadim tapi mereka dah cedera teruk," luah Nadim. Suaranya sudah bergetar. Terus Nadim leraikan pelukan dan pergi ke arah Budi dan Awang.
"Tapi mereka masih boleh diselamatkan lagi. Keris Megat tak terkena mana-mana organ penting mereka. Kita kena cepat hantar mereka ke padang untuk dapatkan rawatan," arah Nadim.
Disebabkan pertolongan Nadim, peluang hidup Budi dan Awang lebih tinggi. Tubuh Budi dan Awang pun dah dibalut kemas oleh Nadim. Darah mereka pun sudah berhenti keluar. Mereka nampak lebih tenang sekarang. Nasib baik Nadim tahu merawat orang.
Mawar dan Kemboja angguk.
"Guna kereta lembu Kemboja. Kemboja boleh bawa mereka ke padang," cadang Kemboja.
"Bagus Kemboja. Bawa mereka. Mama ikut Kemboja balik ya. Nadim nak tolong ayah bunuh Megat." Matanya garang memandang Megat yang sedang bertarung itu.
"Ta..tapi Nadim..." Tak sempat Mawar membantah, Nadim dah berlari terus ke arah Hadi dan Megat. Dia tak mahu buang masa. Dia tahu jika dia masih diam, Mawar tak akan bersetuju dengannya. Dia tak mahu Mawar dekat dengan Megat.
Mawar lihat Nadim lama. Perasaan risaunya sangat membuak-buat waktu ini.
"Mawar, mari tolong aku bawa mereka ke kereta lembu aku. Ikut cakap Nadim, Mawar. Kita balik ke padang," pujuk Kemboja sambil pegang bahu Mawar.
Hati Mawar rasa berat nak tinggalkan mereka. Berat sangat ibarat ada batu besar yang duduk di atas hatinya ini. Apa pun Mawar kena dengar kata-kata Nadim dan Hadi. Mawar angguk setuju.
Mawar dan Kemboja memapah Budi dan Awang sehingga mereka masuk ke dalam kereta lembu. Kemboja sudah ada di bahagian memandu. Dah siap sedia untuk bertolak ke padang. Tapi, Mawar masih belum naik. Hatinya berbolak balik sama ada mahu ikut Kemboja atau tinggal di sini.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasíaDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...