"SAYA tuan puteri. Saya datang ke sini nak cari tuan putera saya."
"Lepas tu? Lepas tu?" Dian teruja sangat dengar Mawar bercerita.
Mawar menggerakkan anak patung Dian ditangannya. Bercerita sambil main anak patung.
"Tuan puteri ini datang dari masa depan. Dia nak bawa balik tuan putera ke masa depan juga sebab sini bukan tempat dia."
"Wah tuan puteri tu datang dari masa depan? Hebat!" Dian tepuk-tepuk tangannya. Teruja. Awal betul tepuk tangan. Cerita belum habis lagi.
Mawar terkekek. Diceritakan cerita itu berdasarkan kisah hidup dia. Memang penuh fantasi betul. Kak Melati datang. Terus dilihat Mawar dengan muka yang tak beremosi. Mawar pandang semula Kak Melati. Mawar rasa pelik. Hairan sebab Kak Melati pandang dia begitu. Selalunya muka Kak Melati ceria sahaja.
"Mana Mawar dengar cerita itu?" tanya Kak Melati.
"Eh, saya cipta sendiri aje cerita itu."
Kak Melati tersenyum lembut. Tapi disebalik senyuman itu macam ada maksud tersembunyi. Dia macam tahu sesuatu tentang Mawar. Mawar senyum janggal.
Dian ambil anak patungnya semula. Kemudian, Dian menanyi. Lagi sekali lagu arab itu meniti di mulut Dian. Rasa tak puas hati pula Mawar mendengar lagu itu. Lancar sangat Dian menyanyikannya.
"Siapa nak tengok album?" tanya Kak Melati.
Perkataan-perkataan yang dikatakan oleh Kak Melati sama macam neneknya di masa hadapan. Terlintas memori Mawar dengan neneknya. Deja vu.
"Nak nak!" Kuat suara Dian. Teruja nak tengok album. Suara Dian terus menyedarkan Mawar ke realiti semula.
Kak Melati pun ambil album di satu rak almari di ruang tamu itu. Dibuka satu persatu muka surat album itu. Dalam album itu dipenuhi dengan lukisan keluarga ini. Semua ini hasil tangan Abang Bahari. Cantik dan realistik lukisannya. Mereka lihat satu persatu lukisan dalam album itu. Sampailah pada satu lukisan yang membuatkan Mawar terkejut.
"Haa, ini lukisan Mawar dengan Dian hari itu. Lupa nak tunjuk hari itu. Cantik tak?" Kak Melati tunjuk lukisan itu.
Mawar tersedar sesuatu yang penting. Lukisan ini! Soal hidup dan mati! Okey, itu melampau. Mawar terus rampas album itu dan berdiri dengan laju.
"Kak Melati, Dian nak tengok jugak!" rengek Dian.
"Kenapa ni Mawar?" hairan Kak Melati.
Dihiraukan sahaja pertanyaan mereka. Menggeletar tangan Mawar memegang album itu. Membulat matanya. Gambar yang dicari-cari sudah ada di depan matanya.
"Ini..ini..ini aku! Aku perempuan dalam gambar tu! Budak kecil ni Dian!" Rupanya dialah perempuan misteri di dalam gambar itu.
Kak Melati dan Dian dah hairan memandang Mawar yang macam nak gila itu.
"Senja itu, senja masa nenek duduk dalam bilik aku. Dia lihat gambar ini kan?" Secara tiba-tiba Mawar teringat memori yang samar-samar ini.
"Sebelum aku masuk dalam portal. Sebelum Hadi masuk dalam portal. Buku album selalu ditunjukkan dulu. Senja itu, nenek pegang gambar ini! Lepas tu, nenek macam baca sesuatu. Ya aku ingat! Ada tulisan dekat belakang gambar ni kan? Mungkinkah itu ayat untuk buka portal itu?" Terus Mawar keluarkan gambar itu dari album. Lalu dipusingkan ke belakang. Terkedu. Kosong. Bersih. Tiada apa yang tertulis dibelakang gambar itu.
"Mana?!" Terjerit Mawar.
"Apa yang mana, Mawar? Mawar tak apa-apa ke ni? Risau mak," tegur Kak Melati.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasiaDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...