"Hesy... Mana budak Hadi dengan Mawar ni! Hari dah hujan. Mereka tak nak balik ke?" marah Kak Melati.
"Mesti mereka dah berteduh dekat pondok padang tu kut. Hujan lebat ni. Mana boleh redah je. Jauh pulak tu," balas Abang Bahari.
"Tapi Melati risaulah. Tak pernah balik selambat ni. Takut jadi benda tak elok. Takut jadi macam dulu," adu Kak Melati.
"Tak apa Melati. Mereka tu dah besar panjang. Dah kahwin dah pun. Pandai-pandai merekalah. Jangan risau," pujuk Abang Bahari.
Hari pun dah menjelang malam. Tapi hujan masih lebat. Abang Bahari dan Kak Melati menjadi lebih risau.
"Abang, mereka ni dah lama sangat dekat luar tu. Tolong bang buat sesuatu. Saya risau sangat ni!" keluh Kak Melati.
"Ya lah. Abang pergi minta tolong Kemboja. Pinjam dia punya kereta kuda," balas Abang Bahari.
"Eh bukan ke kereta lembu?"
Abang Bahari pun pergi ke rumah Kemboja dengan menggunakan payung. Sesudah sampai, Mak tiri Kemboja mengatakan yang dia tiada di rumah. Kereta lembu pun tiada. Entah kemana dia pergi.
"Hadi, pasal Arian tu..."
Terus Hadi fokus pada Mawar. Ingin sangat dia tahu siapa Arian itu.
"Macam mana abang tahu nama Arian tu?" soal Mawar.
Hadi terdiam. Macam tak nak bagitahu. Mawar mendekat sambil buat muka kesian. Supaya Hadi beritahu macam mana dia tahu tentang nama Arian itu. Hadi tersengih dengan kelakuan isterinya.
"Mawar cakap masa Mawar tengah tidur. Mawar cakap yang rambut dia cantik. Mawar suka rambut dia pendek. Nama dia Arian," jujur Hadi.
Mawar terkejut. Ternganga sikit mulutnya. Memalukan.
"Jadi abang potong rambut sebab Mawar cakap macam tu?" Merah muka Mawar. Tak sangka Hadi potong rambut sebabnya.
Tersenyum malu Hadi. Pandang dinding pondok itu. Mawar pun dah rasa Hadi dah mula suka dia.
"Dia kawan aku masa kecil. 20 tahun lepas. Namanya Arian. Dia hilang masa bermain dekat rumah Mawar. Jadi, mak dia salahkan Mawar. Tengking Mawar depan mama dan papa Mawar. Tapi umur Mawar masa tu pun baru 4 tahun. Manalah Mawar tahu apa-apa. Hubungan keluarga Mawar dengan keluarga Arian pun tak baik. Tapi memang salah Mawar. Mawar tak nafikan. Benda tu memang buat Mawar kesal sampai sekarang," cerita Mawar.
"Hilang? 20 tahun lepas?" soal Hadi. Keningnya berkerut.
Kening Mawar juga berkerut dengar dirinya bercerita. Dia pun baru teringat cerita lama itu.
"Sekejap, 20 tahun lepas. Abang hilang 20 tahun lepas kan? Masa umur abang 5 tahun kan?" Mawar mula menyedari sesuatu.
Hadi angguk. Dia pun mula fikir macam Mawar. Tiba Mawar teringat sesuatu yang penting.
"251! Itu alamat rumah jiran Mawar. Alamat rumah kawan Mawar, Arian! Kata Kak Melati abang sebut alamat abang dulu 251! Hadi!"
Hadi tergamam melihat Mawar yang sudah tahu misteri ini. Mata Mawar melihat tajam kedalam mata Hadi. Mata itu sama dengan mata Arian sewaktu dia kecil.
"Abang ialah Arian! Abang budak yang hilang tu!" jerit Mawar sambil memegang tangan Hadi.
"Aku Arian!?" Membulat mata Hadi.
Tiba kepalanya berdenyut bagaikan mahu meletup. Sakit sehingga dipegang kepalanya. Rebah menahan lantai.
"Abang! Abang okey tak?" risau Mawar.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...