Mawar berehat di anjung rumah kerana kepenatan. Baru pulang dari berlatih memanah. Tiba-tiba ada suara yang memanggilnya.
"Mawar! Oh Mawar! Kau buat apa tu?" jerit Kemboja berjalan menuju ke rumahnya. Di tangannya dia membawa mangkuk tingkat.
"Oh Kemboja" sahut Mawar.
"Kemboja ni sejak dua tiga hari ni asyik hantar makanan je. Lepas tu suka sembang dengan Hadi. Kemboja ni suka Hadi ke?" fikir Mawar.
"Aku ada masak makanan lebih ni, ambil makan satu keluarga ya. Lagi-lagi Hadi tu, suruh dia makan banyak. Ada makanan kesukaan dia ni. Ayam bakar," ketawa kecil Kemboja. Seakan suka bercakap tentang Hadi.
"Haa ya lah terima kasih. Susah-susah kau aje Kemboja. Aku nak tanya ni. Kenapa kau selalu bagi makanan lebih ni?" soal Mawar.
"Oh aku memang termasak lebih. Saja bagi kau satu keluarga makan. Sedekah kan dapat pahala."
"Macam pelik je aku tengok Kemboja ni. Entah-entah nak mengorat Hadi. Tahulah dia cantik. Aku apalah cantiknya kalau nak dibandingkan dengan Kemboja." bisik hatinya. Lalu mengambil mangkuk tingkat yang diberi oleh Kemboja itu.
Kemboja pun seorang yang sangat cantik di kampung itu.
Kisahnya, Si Kemboja itu memang menjadi rebutan lelaki-lelaki di Kampung Wakiki itu. Mana tak nya sebab Kemboja juga seorang yang sangat cantik. Siap ada sekuntum bunga kemboja pada celah telinganya. Sedap mata memandang. Matanya juga besar. Nampak comel.
Sudah ramai orang yang masuk meminangkan tetapi ditolak. Lelaki di kampung itu bukanlah cita rasanya. Kemboja juga seorang yang agak kasar. Bukan seperti perempuan melayu yang ayu dan lemah lembut pun. Tapi Kemboja hanya bergaul dengan perempuan dan satu-satunya lelaki iaitu Hadi.Itu membuatkan Mawar tertanya-tanya. Kenapa hanya Hadi kawan lelakinya? Sebab suka ke?
Mawar yang cantik pun cemburu dengan kecantikkan Kemboja.
Mata Kemboja meliar seperti mencari seseorang.
"Mana.."
"Mana Hadi ke? Dia ada dekat belakang rumah. Tengah mengemas agaknya." Tak sempat Kemboja menghabiskan ayatnya. Mawar memotong. Mawar rasa menyampah kerana Kemboja asyik nak berjumpa Hadi sahaja.
Kemboja pun pergi berjalan kaki ke belakang rumah.
Itulah rutin harian Kemboja setiap hari sejak dua tiga hari ini. Apabila hendak pulang, muka Kemboja kelihatan kemerah-merahan.
"Macam kene cium je Kemboja ni. Ceh!" geram Mawar sambil memuncungkan bibirkan.
Keesokkannya, Mawar dan Hadi pergi memanah seperti biasa. Mawar pun sepertinya sudah agak mahir menggunakan busur dan panah kerana berlatih setiap hari.
"Dah handal ya kau sekarang Mawar," puji Hadi sambil senyum lembut.
"Aha..ha ya handal kan. Kejap lagi aku akan lagi handal dari kau." Sengih-sengih Mawar mendapat pujian dari Hadi.
Hadi menjuihkan bibirnya kedepan. Niat nak menyakat Mawar. Mawar tergelak dengan perbuatan Hadi itu.
"Lawaklah kau ni. Please behave," jawab Mawar.
"Apa benda kau cakap tu? Bewak apa?" hairan Hadi kerana Mawar berbahasa inggeris.
"Oh maksud kau, 'please behave' tu ke? Itu bahasa inggeris. Maksudnya tolong jaga tingkah laku." Mawar menunjukkan jari telunjuknya.
"Kau tahu bahasa inggeris daripada mana?" hairan Hadi lagi.
"Dari sekolah dekat tempat aku." Bangga Mawar sambil tangan mencekak di pinggang.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasíaDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...