🎀Bab 29🎀

29 2 0
                                    

KAKI terus berjalan. Laju. Tangan teguh memegang senjata. Hati penuh dengan semangat. Diri sentiasa bersedia dan sanggup berkorban demi orang yang tersayang. Mungkin ini betul. Mungkin ini silap. Tapi inilah tindakan yang sepatutnya.

Mawar dan Nadim sudah masuk ke dalam kampung. Berada betul-betul dihadapan rumah Kemboja yang sudah hangus terbakar itu. Kepekatan malam itu menambahkan kesuraman kawasan itu. Hanya di cahayai api obor yang dipegang Nadim.

"Memang ada sesuatu yang jadi dekat sini." Pandang Mawar pada tanah diahadapan tangga rumah Kemboja itu. Kesan tanah seakan-akan orang yang sedang bergelut diatasnya.

Maka mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah itu. Betul kata orang kampung tadi. Mayat dijumpai. Teramatlah terkejut Mawar dan Nadim. Mawar menekup mulutnya dengan tangan. Terlampau tergamam. Tidak pernah Mawar lihat mayat dihadapannya sebelum ini.

"Ini bukan Kemboja tapi mungkin mak tiri Kemboja,"ujar Nadim.

"Macam mana Nadim tahu?"Mawar hairan. Mayat itu memang habis rentung. Kalau tengok memang tak tahu itu siapa.

"Bentuk muka dan saiz badan dia tak sama macam Kemboja," balas Nadim yakin.

Mawar agak terkejut. Telitinya anak dia memerhati. Rasa bangga sekejap Nadim boleh kesan seseorang sekejap saja. Dan hebatnya Nadim boleh bezakan bentuk muka dan saiz badan seseorang walaupun mayat ini dah tak sempurna. Nampak sangat yang Nadim suka perhatikan muka Kemboja. Barulah rasa lega sedikit hati Mawar. Tapi, Mawar tetap rasa simpati dengan kematian mak tiri Kemboja.

"Tapi, macam mana ini boleh terjadi?"

"Nadim tak pasti mama. Mungkin ada sesuatu terjadi. Banyak kemungkinan boleh menyebabkan mak tiri Kemboja terkorban macam ini."

Kemudian, mereka menapak keluar dari rumah itu dan teruskan pencarian mereka. Baru sahaja kaki mereka mahu mencecah ke tanah. Tiba-tiba muncul susuk tubuh seorang lelaki yang jarak beberapa meter dari hadapan mereka. Terhenti langkah mereka. Pandang pada susuk tubuh seseorang itu.

Tangan lelaki itu bergerak-gerak. Rupanya lelaki itu menghalakan busurnya ke arah Mawar dan Nadim. Lelaki itu terus memanah ke arah mereka. Nadim terus membongkok dan memegang Mawar untuk melindungi dia. Terjerit Mawar. Nyaris anak panah itu tidak terkena mereka. Panah itu tersusuk pada anak tangga rumah itu. Lalu Nadim dan Mawar pun berlari ke bawah tangga rumah itu untuk berselindung.

"Nadim tak apa-apa?"Risau Mawar.

"Nadim okey."Kepala Nadim menjenguk sedikit ketepi untuk melihat lelaki yang mahu memanah mereka tadi.

"Itu Megat ke?"

"Bukan, itu bukan Megat. Mesti pengikut Megat. Betul kata mama. Dia sengaja nak kita kemari."

Lelaki itu semakin mendekat. Jantung berdegup laju. Takut tak usah cakap. Memang takut. Lutut Mawar bagaikan mahu cecah ke tanah. Bila-bila masa sahaja lelaki itu akan sampai dan bunuh Mawar dan Nadim.

"Mama, tolong jangan buat apa-apa. Biar Nadim lindungi mama."

Apabila dengar suruhan Nadim. Mawar terdiam. Matanya terpaku pada busur dan anak panah ditangannya.

"Apa gunanya aku ada senjata kalau tak digunakan? Bodohnya aku! Inilah masanya untuk berjuang!"bisik hati Mawar.

Mawar dengan beraninya. Dia keluar sedikit ke tepi tangga itu. Dilihat lelaki itu masih berjalan perlahan menuju ke arahnya. Lelaki itu bagaikan amat yakin yang dia akan selamat. Dengan langkah kaki perlahan dan selamba itu. Mawar senyap-senyap menghalakan busurnya sekali anak panah ke arah lelaki itu. Lelaki itu nampak gayanya tak perasan dengan tindakan Mawar kerana kedudukan Mawar sangat tersorok.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now