"SYUKURLAH, mak, ayah dan Dian selamat sampai."Mawar leraikan pelukan dari Kak Melati. Dicium juga kepala Dian sekilas dan beri senyuman pada Abang Bahari. Mawar sangat bersyukur mereka selamat tiba di padang ini. Selamat dari Megat dan konco-konconya itu.
"Mana Hadi?"tanya Abang Bahari. Meliar matanya mencari anak lelakinya itu.
"Dia dah pergi cari Megat,"balas Mawar dengan sayu sekali.
Mawar mengeluh. Bila difikirkan balik nak saja dia ikut Hadi tadi. Ataupun senyap-senyap masuk kampung untuk tolong dia nanti. Tapi, kalau Hadi jumpa di dalam kampung itu nanti teruk dibuatnya. Tak pasal-pasal dia nak putus cinta dengan Mawar sebab degil sangat.
Tak lama selepas itu, orang kampung mula tiba ke padang. Sikit-sikit memenuhi padang itu. Beberapa kawan Hadi dan orang kampung membantu semua untuk berpindah ke sini. Ada yang selamat, ada yang tercedera dan semestinya ada kehilangan orang yang tersayang. Sebak Mawar rasakan.
Mawar pula akur dengan arahan Hadi tadi. Duduk di padang bersama orang-orang kampung yang lain. Pada masa yang sama, cuba penuhi kehendak orang-orang kampung di situ. Dan menolong apa yang patut. Nadim juga menolong orang kampung di padang itu. Ikutkan Nadim juga mahu menolong orang kampung masuk ke padang. Disebabkan arahan Hadi dia tidak boleh meninggalkan Mawar. Dia terpaksa akur. Ini pun dikira berjasa pada orang kampung. Kak Melati, Abang Bahari dan Dian juga cuba menolong orang kampung.
Sudah beberapa jam berlalu, banyak orang kampung yang telah diselamatkan. Tapi, berita tentang Hadi masih belum diketahui. Entah mereka jumpa atau tidak Megat dan konco-konconya itu. Mawar berharap Hadi baik-baik sahaja. Tiba, Mawar perasan yang muka Nadim nampak risau. Mata Nadim juga meliar seperti mencari sesuatu.
"Nadim, kenapa nampak risau je ni?"tanya Mawar.
"Tak ada apa lah mama." Nadim beri senyuman pada Mawar. Mahu menunjukkan dia okey. Sebenarnya tidak.
"Kenapa ni Nadim? Bagitahulah mama. Muka Nadim nampak risau sangat."
"Ya betul mama. Nadim okey."Nadim senyum pasrah.
Mawar hanya angguk. Tapi, disebabkan naluri seorang ibu. Mawar tahu ada sesuatu yang pelik. Dan terasa ada sesuatu yang tertinggal. Mawar lihat sekeliling padang yang dipenuhi orang kampung itu. Mana tahukan dapat tahu apa yang Nadim fikirkan seperti yang dia pandang tadi.
Baru Mawar teringat sesuatu. Sesuatu yang dia tak patut lupa. Patutlah Nadim nampak risau. Rupanya Kemboja tiada di sini. Disebabkan terlalu risau dengan kehadiran Megat dan konconya. Ditambah mahu menguruskan orang kampung lagi. Terus Mawar lupa tentang kawan baiknya itu, Kemboja.
"Kemboja, kan Nadim? Nadim cari Kemboja?"
Terdiam Nadim.
"Ya mama. Nadim cari Kemboja. Tapi dia tak ada. Nadim risaukan dia mama. Ikutkan Nadim nak aje pergi ke rumah dia. Bawa dia kemari. Tapi Nadim tak boleh tinggalkan mama seorang diri dan Nadim tak boleh bawa mama masuk ke kampung."
Mawar pun rasa risau pada Kemboja. Takut diapa-apakan oleh Megat dan konconya. Kan mereka gila. Sesiapa sahaja mereka boleh bunuh kalau menghalang kemahuan mereka. Mawar tahu kalau dia suruh Nadim masuk kampung untuk ambil Kemboja semestinya dia enggan. Sebab dia setia dengan kata-kata ayahnya. Tak boleh buat apa.
"Tak apa Nadim. Mama yakin dia tak apa-apa. Nadim tahu kan Kemboja tu macam mana. Dia ganas orangnya. Dengan lembu dia lagi tu. Rasanya tak ada sesiapa boleh apa-apakan Kemboja. Mesti dia akan datang kesini nanti,"pujuk Mawar pada anaknya.
Ketawa kecil Nadim mendengar pujukan Mawar. Barulah Nadim rasa semangat semula. Dia percaya Kemboja akan datang. Hakikatnya, Mawar mahu menenangkan Nadim sahaja. Dia sendiri pun gelisah dengan keadaan Kemboja.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...