Keesokan paginya, Darla bangun dari tidur yang tak berapa nak lena.
“Selamat pagi Darla!” Tiba-tiba Kak Melati datang dan menyapanya. Darla masih dalam keadaan setengah sedar.
“Mari tolong Kak Melati sediakan sarapan." Laju Kak Melati menarik tangan Darla dan jalan menuju ke ruang dapur. Darla terkejut kerana tiba-tiba ditarik. Sudahlah baru bangun tidur. Dia juga berasa janggal kerana jarang menolong mamanya di dapur untuk menyediakan makanan.
"Haa tolong potongkan bawang dengan cili tu. Kita nak masak nasi goreng untuk sarapan. Si Abang Bahari dengan Hadi suka sangat nasi goreng," bebel Kak Melati.
"Haa.. umm okay." Darla terhegeh-hegeh mencapai pisau yang terletak di atas alas pemotong itu. Terkebil-kebil matanya melihat beberapa biji bawang dan cili di atas alas pemotong itu. Darla sudahlah jarang masuk ke dapur. Tiba-tiba kena memasak untuk orang lain pula.
Darla pun memotong perlahan-lahan bawang dan cili itu.
"Aduh..nasib kene potong bawang dengan cili je. Ni aku okey lagi. Kalau dia suruh aku masak semua sendiri mati aku," bisiknya sambil mata hanya fokus memotong bawang.
"Darla, Kak Melati nak keluar sekejaplah. Nak beli serbuk kopi dekat gerai seberang jalan tu. Dah habis pulak kopi ni. Abang Bahari tak boleh tak ada kopi ni. Kesukaan dia. Jadinya kamu tolong masakkan nasi goreng ya. Pergi dulu." Kak Melati bercakap sambil berjalan keluar menuju pintu dapur dan berlalu pergi begitu sahaja.
Darla yang masih memegang pisau di tangannya tercengang.
"WHAT!! Aku kene masak sendiri?! Aku mana pernah masak nasi goreng?!! Matilah aku huhu." Darla mengeluh.
Darla pun berdiri kaku di dapur. Buntu tak tahu nak buat apa.
Hadi bangun dari tidurnya. Dia terduduk dan termenung. Teringat kejadian tengah malam semalam.
Malam itu, Hadi terbangun kerana terdengar bunyi yang pelik. Keadaan dalam bilik masih gelap. Hadi memasang lampu minyak tanah. Menyala sahaja lampu itu, alangkah terkejutnya Hadi bila ternampak susuk tubuh perempuan entah mana terbaring di tengah-tengah ruang biliknya. Dengan keadaan meniarapnya. Tambah lagi bunyi dengkuran yang agak kuat. Itulah punca Hadi terbangun.
Hadi cuba mendekat. Hadi menyuluh muka Darla dengan lampu minyak tanah itu. Terlihat Darla masih tertidur.
“Ini perempuan sesat tadi. Apahal dia sesat dekat sini pula?”
"Eeeyahhh..aahh silau." Darla menggeliat.
“Alamak…”
Hadi yang baru bangun memikirkan hal tadi rasa tercengang ya amat. Dia menggaru kepalanya.
Darla yang masih terkebil-kebil di dapur buntu tak tahu nak buat apa.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...