🌙Bab 24🌙

32 3 0
                                    

TERLOPONG, tergamam dan rasa nak terkencing. Macam mana dua orang yang tidak disangka-sangka itu ada disini. Ataupun dua orang itu dikenali sebagai Kemboja dan Nadim. How? Disebabkan corak kain batik yang mereka guna untuk sembunyikan diri itu. Mereka kantoi. Mawar kenal corak kain batik itu. Kepunyaan Kemboja.

Hadi cekak pinggang. Mawar silang tangan. Nadim dan Kemboja tertunduk dihadapan mereka. Macam anak-anak yang kena marah dengan mak ayah sudah rupanya.

"Jelaskan? Macam mana korang boleh ada atas kapal ini?" soal Mawar.

Nadim garu telinga. Selalu orang garu kepala. Dia garu telinga pula.

"Kami naik kapal ni guna kapal kecil. Ada beberapa anak kapal yang ikut dari belakang kapal besar ini. Sebelum kapal ini berlabuh, Nadim dengan Kemboja sempat naik kapal kecil itu. Kami kena bayar sikit je untuk naik kapal tu. Lepas itu, kami menyelinap masuk ke kapal besar ini. Bukan kami aje yang masuk macam ini. Ramai lagi yang buat hehe." Nadim gelak cangguh.

"Ya, lagipun kami teringin juga nak baik kapal besar ni," luah Kemboja.

Ternganga Mawar. Dia dan Hadi punyalah bayar mahal-mahal nak naik kapal ini. Pembetulan, bukan duit Mawar tapi duit Abang Bahari ya. Nadim dan Kemboja senang je dapat naik dengan bayaran murahan. Mawar mengeluh.

"Tak apalah, apa pun korang selamat naik kapal ini. Kalau tahu boleh naik dengan cara Nadim dan Kemboja. Lebih baik ikut cara ini lagi murah. Kan bang?" Mawar pandang pasrah pada Hadi.

"Hmm, tak apalah kita dah bayar." Hadi tersenyum sahaja. Ehem... Abang Bahari bayar ya.

"Sudahlah, kita semua dah ada atas kapal ini. Mari kita bergembira sama-sama," ajak Kemboja pula. Senyum dan tunjuk gigi putihnya.

"Haha, iyalah mari!" Mawar angkat tangan gembira. Sebenarnya lagi best kalau ada Nadim dan Kemboja. Dapat luangkan masa bersama-sama.

Mereka pun masuk semula ke dalam kapal. Sambung bergembira di dalam dining hall itu. Orang masih ramai. Ada yang masih menjamu selera. Ada yang menari. Muzik pun masih dimainkan. Nadim dan Kemboja pun tak lepaskan peluang untuk makan makanan di atas kapal itu. Rugi kalau tak makan.

Selepas itu, muzik bertukar jadi lebih rancak. Orang ramai yang menari perlahan tadi dah berubah kepada menari yang lebih rancak. Nadim dan Kemboja terus melompat. Mereka suka pula dengan lagu rancak ini. Mereka pun menari macam orang yang lain. Ligat betul menari ikut rentak lagu. Nadim dan Kemboja ajak Hadi dan Mawar menari sekali. Mereka pun menarilah sekali. Penuh gelak tawa. Inilah masanya untuk bergembira. Menari rancak bersama-sama di atas kapal ini. Sangat menggembirakan.

Selepas lama menari macam beruk terkinja-kinja itu, Mawar rasa haus. Mawar pun pergi ke tempat ambil air. Tiba, mata Mawar tertancap pada bekas air yang berwarna ungu itu. Mawar pergi ke bekas air itu. Lihat dan bau.

"Eh, ini..ini ribena!" Mawar cepat-cepat ambil cawan kaca yang disediakan. Lalu, diisi cawan itu dengan air ribena itu. Atau sebenarnya itu ialah air anggur biasa. Saja Mawar panggil ribena. Pelik, tadi tak nampak pula air itu.

"Our new drinks. It's a grape juice. Tell me, how it is taste?" suara itu datang dari sebelah Mawar. Terkejut Mawar. Hampir sahaja tak terpelanting cawan yang dipegang itu. Rupanya, pelayan kapal. Dah agak berusia. Rambutnya pun dah putih. Boleh pula dia datang entah dari mana.

Mawar pun teguk sikit air itu. Bersinar mata Mawar. Sedap sangat. Fresh.

"It's very tasty. I like it," puji Mawar. Memang sedap. Tersenyum terus pelayan itu

Tiba, Hadi muncul disebelah Mawar. Lagi sekali Mawar terkejut.

"Kenapa orang tua ni dekat dengan Mawar? Dia ada kacau Mawar ke?" kata Hadi. Hadi dah bersangka buruk pula.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now