BUNYI kuali jelas kedengaran berlaga-lagaan. Mawar sedang memasak nasi goreng. Tangannya laju mengacau nasi goreng itu. Bau harum semerbak.
"Apa ayat magik tu ya?" Daripada semalam lagi Mawar fikirkan.
"Hui Mawar!" terjah Kak Melati dari belakang Mawar.
"Oohh yakk!" Terangkat bahu Mawar. Terkejut sangat dia. Hilang terus fikirannya tadi.
"Hahaha, fokus betul masak nasi goreng. Rasanya dah siap dah tu. Jomlah makan. Mak lapar dah ni," Mata Kak Melati lihat nasi goreng dalam kuali itu.
"Mak! Nasib baik Mawar tak pengsan dekat sini!" geram Mawar. Terus mencebik dia.
Kak Melati gelak sahaja. Mawar terus mencebik sambil itu dia ubah nasi goreng ke dalam mangkuk.
Tiba Mawar rasa nak tanya sesuatu pada Kak Melati.
"Mak, mak percaya tak dekat ayat magik?" Jari-jemari digerakkan macam buat magik.
"Ayat magik? Mmm...tak. Kenapa Mawar tanya?"Kak Melati mengusap dagunya.
"Oh, Mawar saja tanya," sengih Mawar.
"Benda-benda macam tu memang mak tak percaya. Tapi nenek moyang mak dulu ada amalkan benda tu. Banyak cerita nenek moyang mak pasal ayat-ayat yang boleh mengubah takdir. Macam-macam benda ajaib boleh jadi," sambung Kak Melati.
"Mak tahu tak ayat-ayat tu?" Mawar pandang Kak Melati bersungguh-sungguh. Nak sangat dia tahu ayat magik itu. Lagi-lagi Mawar mendengar perkataan mengubah takdir itu. Mungkin kata-kata itu boleh membuka portal.
"Mhm mak tak tahu. Mak tak amalkan benda tu. Jadi mak memang tak hafal. Buat apa kamu nak tahu ayat magik ni?" Senget kepala Kak Melati. Mula berasa hairan dengan Mawar.
"Ohh tak apalah. Saja nak tahu. Mawar hantar ni ke depan ya." Tangan Mawar terus mengangkat mangkuk berisi nasi goreng itu. Lalu dibawanya ke ruang tamu. Nak lari daripada Kak Melati. Kak Melati lagilah rasa pelik dengan tingkah laku Mawar itu.
Mereka pun bersarapan bersama-sama. Nadim pun ada. Nadim duduk disebelah Mawar. Manakala Mawar duduk di sebelah Hadi. Satu keluarga di situ. Keluarga yang dari mana hadapan dan tersesat ke masa lalu. Itulah mereka.
Kak Melati memandang Hadi, Mawar dan Nadim bersilih ganti. Macam meneliti sesuatu pada mereka bertiga. Mawar pandang Kak Melati.
"Kenapa mak?" soal Mawar.
"Mak perhatikan muka Nadim ni macam gabungan muka Hadi dan Nadimlah. Kalau Mawar dengan ada anak nanti mesti muka dia macam Nadim. Memang sesuai sangat!" jujur Kak Melati.
Tersembur nasi goreng dari mulut Hadi dan Mawar. Mereka terkejut dengan kata-kata Kak Melati. Terkena semburan nasi goreng itu pada Kak Melati dan Abang Bahari yang berada di hadapan mereka.
"Ahhh! Lagi sekali?" jerit Kak Melati. Kak Melati kali ini terkaku. Mukanya macam malas.
"Hahaha Melati, itulah pasal jangan tanya soalan pelik-pelik dekat mereka!" Gelak besar Abang Bahari. Tak kisahnya lagi nasi yang disemburkan pada dirinya.
Dian dan Nadim gelakkan sahaja situasi itu.
"Manalah saya tahu jadi macam ni lagi mmm," keluh Kak Melati. Mencebik.
"Hahaha. Haa ni ayah nak tanya. Kamu semua pergi ke mana semalam? Ayah dengan mak balik dari rumah jiran semalam, tiada sesiapa di rumah," soal Abang Bahari.
"Pergi ke rumah Nadim. Saja melawat rumah dia," jawab Mawar.
"Oh, baguslah macam tu. Kami pun patut pergi nanti. Kan Melati?" gelak kecil Abang Bahari. Kak Melati agguk sahaja. Lepas itu, dia sambung makan.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
خيال (فانتازيا)Darla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...