💐Bab 23💐

35 4 0
                                    

Mawar tidak tahu berbuat apa. Dia tutup matanya rapat-rapat.

"Arghhh!!" Melompat terus Mawar dari riba Hadi. Hadi terkejut. Terbeliak matanya.

"Tidak, tak boleh! Mawar memang sukakan abang. Mawar memang menambakan abang sejak dulu lagi. Mawar kalau boleh nak abang seorang sahaja. Mawar memang terluirkan abang. Mawar memang menggatal nak abang. Tapi..tapi Mawar tak sedia lagi dengan benda macam ni," luah panjang Mawar. Layu bahunya.

Hadi tediam. Mawar pun terdiam. Seminit mereka terdiam.

"Hahaha!" Tergelak besar Hadi. Memang saja nak kenakan isteri dia. Mawar terus mencebik.

"Marilah tidur. Lagipun esok Nadim ajak pergi rumah dia awal pagi esok. Ada hal penting katanya." Hadi pun membaringkan dirinya. Ditepuk sebelahnya beberapa kali. Menandakan suruh Mawar baring disebelahnya. Mawar patuh sahaja.

Hadi tarik Mawar dalam pelukannya. Dipeluk erat-erat. Mawar rasa wow. Inikah rasanya sleep cuddling? Selesa.

ESOKNYA. Mawar dan Hadi sudah berada di rumah Nadim.

"Nadim dah buat kajian! Tempat yang mana paling banyak terdedah dengan cahaya matahari. Portal lagi senang muncul kalau ada cahaya matahri. Jadi ayah dengan mama ada cadangan tempat yang sesuai?" Nampak teruja betul Nadim. Entah mana dia dapat maklumat itu.

"Rasanya, di padang tempat kita berlatih berlawan. Cahaya matahari di situ lebih terdedah kerana tiada pokok," cadang Hadi.

"Ya, situ memang kawasan yang paling bagus," sokong Nadim.

Nadim perhati sahaja muka Mawar dan Hadi. Nampak berseri-seri. Terasa aura gembira mereka. Apa dah jadi? Apa pun Nadim senang hati tengok mama dan ayahnya begitu. Tiba, Nadim teringat sesuatu yang penting.

"Mama, ayah! Nadim nak beritahu sesuatu!" Tersenyum lebar Nadim.

"Hari ini hari ja..."

Bedebom!

"Selamat hari jadi, Nadim sayangku!" Tak sempat Nadim menghabiskan ayat. Kemboja datang menghempas pintu. Tanggannya membawa pinggan berisi kek yang mereka buat bersama malam semalam.

Nampak gembira muka Kemboja. Tapi, muka gembira Kemboja itu terus bertukar menjadi muka terkejut beruk selepas melihat Mawar dan Hadi. Kemboja tak tahu yang Mawar dan Hadi berada dalam rumah Nadim. Terbeliak semua mata mereka di dalam rumah itu.

"Sayangku?!" jerit Mawar dan Hadi serentak.

Sempat Hadi dan Mawar tengok sesama sendiri sekilas. Kemudian, pandang semula pada Kemboja. Kemudian, lihat pula pada Nadim.

Terdiam habis Kemboja dan Nadim. Entah apa perasaan Nadim masa itu. Rahsia telah bocor begitu sahaja. Dia nak cover ke?

"Kemboja dengan Nadim bercinta?!" jerit Mawar lagi.

"B..bukan..."

"Sudah! Jangan nak rahsiakan. Terdengar jelas perkataan 'sayangku' tu. Memang sah! Korang memang bercinta kan? Dan ya! Aku ingat. Kekasih yang Nadim jelaskan hari itu. Itu Kemboja kan? Aku dah agak!" Mawar potong kata-kata nafian Nadim.

"Mama..ayah..Nadim boleh jelaskan..." Terkebil-kebil Nadim.

"Yaa!! Bagus! Terbaik! Syukur! Semuanya dah terbongkar, Nadim! Kau tak payah nak rahsiakan lagi! Rahsia hubungan kita terlerai di sini, sayangku," senyum sinis Kemboja. Terbeliak biji mata Nadim. Akhirnya, hasrat Kemboja selama ini tertunai.

"Sejak bila kau berdua kenal?" soal Hadi. Dia pun terasa ingin tahu. Tak sangka teman baiknya itu, Kemboja. Bercinta dengan anaknya.

Kemboja ambil nafas panjang dulu.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now