Pagi menjelang. Kampung juga sudah tenang. Tiada lagi konco-konco Megat. Jadi, Abang Bahari, Kak Melati dan Dian pun keluar. Mahu pergi melawat salah seorang jiran mereka. Dikhabarkan rumah jiran mereka itu dah terbakar kerana dibakar oleh konco Megat.
Tinggallah Nadim dan Mawar berdua. Mawar masih tertidur. Nadim cadangnya mahu duduk sahaja disebelah Mawar tadi. Dah tertidur sekali. Tertidur sebelah Mawar. Dia pun hanyut dibuai mimpi. Oleh kerana terlalu penat berjaga sepanjang malam semalam. Tak tertahan sudah matanya. Akhirnya tertidur juga.
Nadim mula tersedar dari tidurnya. Dibuka matanya perlahan. Alangkah terkejutnya kerana dirinya memeluk tubuh Mawar. Terbeliak biji matanya.
"Alamak, apa aku dah buat ni?" Kesal. Sudahlah tertidur. Lepas tu, terpeluk Mawar. Terus matanya melihat Mawar. Hela nafas lega Nadim. Mawar masih tertidur. Dia tak sedar. Tangannya masih memeluk Mawar.
Krekk! Bunyi pintu rumah dibuka. Terus Nadim melihat ke arah pintu. Dia masih memeluk Mawar yang sedang tertidur itu. Kantoi. Dan yang lagi teruk, yang ada di depan pintu itu adalah Hadi. Suami Mawar. Ayahnya.
Muka Hadi terkejut. Terus mukanya bertukar bengis. Nadim terasa aura Hadi yang sedang marah membuak-buak itu. Nadim masih terdiam di situ. Terkedu kerana terlalu terkejut dengan kehadiran Hadi.
Hadi apa lagi. Kakinya mengorak langkah menuju laju ke arah Nadim. Terus dicengkamnya leher Nadim kuat. Nadim dah lemah lutut. Terlalu takut.
"Kau buat apa dengan Mawar?!!" tengking sekuat hati Hadi di hadapan muka Nadim. Tertutup mata Nadim. Tangan Hadi sudah mengepal penumbuk. Sudah diangkat penumbuknya itu untuk menumbuk muka Nadim.
Mawar terus terbangun. Terkejut dengan tengkingan Hadi tadi. Dilihat depan matanya Hadi yang hampir menumbuk Nadim yang ketakutan itu.
"Ayah!!!" jerit Nadim.
Tak sempat penumbuk Hadi itu sampai ke muka Nadim. Satu perkataan itu telah mengejutkan semua orang di situ.
Terhenti hayunan penumbuk Hadi itu. Terkedu. Terdiam macam tertelan cicak. Mawar pun sama. Ternganga Mawar.
"A..ayah?" Hairan Mawar.
Kening Hadi berkerut mendengar Nadim memanggilnya 'ayah'. Terdiam semua orang di situ.
"Ya! Ayah! Mama!" Nadim memandang Hadi. Kemudian, memandang Mawar.
Perlahan-lahan cengkaman Hadi di leher Nadim dilepaskan. Terbatuk-batuk Nadim.
"Mama?!" jerit terkejut Mawar.
Mawar dan Hadi memandang antara satu sama lain. Muka terkejut. Muka hairan. Apa yang terjadi ini?
"Rasanya, saya kena bagitahu semuanya sekarang," Nadim terduduk. Mengusap lehernya yang masih sakit sakit dicengkam Hadi.
"Siapa kau sebenarnya?" soal Hadi.
Lalu Nadim pun perlahan-lahan berdiri. Mahu mengucapkan sesuatu yang akan mengubah semuanya.
"Nama penuh saya ialah Muhammad Nadim Bin Muhammad Arian. Anak kepada Muhammad Arian dan Darla Amanda." Nadim mengatakan ayat itu satu persatu.
Terbongkarlah cerita tentang Nadim pula. Nadim sebenarnya dari masa hadapan juga. Dan yang lagi mengejutkan Nadim ialah anak kepada Hadi dan Mawar. Nadim juga tersesat ke masa lalu. Nadim tersesat ke sini semasa umurnya 10 tahun. Bagaimana dia pun boleh tercampak ke masa lalu?
"Ayah nak selamatkan mama. Tukar takdir ini. Mama ada dekat situ. Tahun 1630." Hadi berkata pada Nadimyang masih berumur 10 tahun itu.
Terlihat Mawar terlantar di atas katil itu. Banyak wayar dan alat-alat yang ada pada tubuh Mawar. Dia sakit. Disebabkan kecederaan masa lalu di kepala. Telah beri kesan pada masa depan. Doktor tidak dapat menyelamatkannya lagi. Bila-bila masa sahaja Mawar akan akan pergi.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasíaDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...