🪷Bab 12🪷

79 5 0
                                    

Mawar yang sudah berpakaian pengantin berfesyenkan kebaya tradisional itu,. Ditambah beberapa kuntum kemboja di atas kepalanya terlihat sangat cantik.

Terpaku habis mata Hadi melihat Mawar yang cantik terhias itu. Begitu juga dengan Mawar yang memandang Hadi. Tak sangka dirinya akan berkahwin dengan Hadi. Macam mimpi. Ingin saja dia melompat girang sekarang ini.

Semua tetamu yang melihat memuji wajah dan penampilan cantik Mawar itu.

"Cantik betul anak angkat Bahari dengan Kak Melati kan? Beruntung Hadi." Beberapa tetamu bercakap tentang mereka.

Mawar pun terus duduk di atas pelamin yang berada di ruang tamu itu. Cantik pelaminnya dihiasi pelbagai bunga. Kerusi kayu nampak aesthetic gitu. Dihiasi kain putih di atas pelamin itu. Kak Melati juga duduk disebelah Mawar.

"Kita mula ya?" ujar Tok kadi.

Semua orang di ruangan itu mengangguk tanda setuju. Tok kadi menghulurkan tangannya.

Menghembus nafas panjang Hadi.

Hadi terus digenggam tangan yang dihulur Tok kadi itu.

"Apa nama pengantin perempuannya tadi?" Soal Tok kadi dia lupa pulak. Biasalah dah tua.

"Darla Amanda binti Mohd Omar." Balas laju Kak Melati yang duduk bersebelahan Mawar itu.

"Darla Amanda ya. Heh, aku lupa pula tu nama sebenar aku." fikir Mawar. Tersengih.

Hadi pun melafazkan akad nikah itu. Sekali lafaz sahaja akad nikah mereka sudah sah.

"Sah?" Tok Kadi pandang saksi-saksi itu.

"Sah,sah,sah."

Muka Mawar terus tersenyum lebar. Terus dipandang muka Kak Melati. Kak Melati membalas pandangan. Kak Melati apatah lagi. Senyum sampai ketelinga. Menitis dan jatuh keguguran air matanya. Terlalu gembira mereka sudah diijab kabulkan.

Jantung Mawar berdegup laju. Dipegang dadanya. Terasa lega. Gembira. Hadi sah menjadi suaminya.

"Hadi suami aku!" Tergigit jarinya sendiri. Kalau boleh nak gigit jambangan bunga ditangannya itu.

Akhirnya, selamat juga mereka menjadi suami isteri yang sah. Tibalah sarung cincin. Lalu Hadi dan Mawar duduk dipelamin dan bertentangan.

Disuruh Kak Melati menyarung cincin dan bersalam tangan. Hadi menghulurkan tangannya pada Mawar manakala tangan sebelah lagi memegang cincin. Telan air liur kesat Mawar nak pegang tangan Hadi tu. Tangan kecil Mawar dikeluarkan perlahan-lahan lalu memegang tangan Hadi. Tersenyum Hadi. Mawar lihat senyuman yang terukir di bibir Hadi. Terfikir apalah perasaanya itu? Dia suka ke aku dah jadi isteri dia?

Perlahan Hadi menyarung cincin nikah pada jari Mawar. Selepas itu, Mawar pula menyarungkan cincin pada Hadi. Kemudian, bersalamanlah mereka.

Selepas itu, mereka menyuruh cium dahi pula. Berdegup laju jantung Mawar. Bulat mata sambil tersengih Mawar disebelah Hadi. Hadi pula memandang Mawar sambil tergelak kecil sampai terlihat gigi putihnya.

"Oh my god! Cium dahi pulak. Bertenang Mawar. Sekali ni je. Walaupun depan tetamu ramai ni huhu." Meronta malu hati Mawar.

Hadi sudah menghadap dirinya. Dekat pula tu. Mestilah, nak cium dahi kan takkan lah nak duduk jauh tiga meter.

Hadi pun mengangkat tangannya dan memegang dagu Mawar.

Cup!

Diciumnya dahi isterinya itu. Terdiam lama di situ. Hadi menutup matanya. Merah sudah pipi Mawar. Mawar juga menutup matanya. Menggeletis seronok hati Mawar.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now