💟Bab 13💟

53 5 0
                                    

Bunyi kaca berlaga. Mawar dan Kak Melati sedang membasuh pinggan bersama-sama. Sudah masuk seminggu Mawar dan Hadi bergelar suami dan isteri. Tetapi mereka langsung tidak mesra. Nampak muram sahaja.

"Kenapa ni Mawar? Nampak muram aje sejak kahwin dengan Hadi ni? Mawar tak suka ya kahwin dengan Hadi?" soal Kak Melati. Cebik sedikit.

"Eh, tak lah Kak Melati. Kami baik aje." Mawar senyum untuk menyembunyikan sedih.

Sejak daripada mereka bersembang semasa malam pertama mereka tidur itu. Hadi sebenarnya nampak muram dan tak banyak bercakap dengan Mawar. Itulah sebab mereka tak mesra. Mawar pun rasa pelik. Sebelum kahwin pun Hadi mesra sahaja dengan Mawar. Tapi kenapa lepas kahwin dia macam tak nak mesra? Mawar mulalah rasa Hadi tak suka dia.

Kak Melati hanya membalas senyum. Kak Melati tahu ada yang tidak kena dengan mereka.

"Mawar, janganlah panggil Kak Melati dah. Mawar kan dah kahwin dengan Hadi. Anak Kak Melati. Jadinya panggillah mak aje."

"Oh betul ke boleh panggil mak?" Mawar berasa teruja. Rindu pula mamanya di masa hadapan.

"Iya mestilah boleh. Abang Bahari pulak panggil ayah ya." Tiba-tiba Abang Bahari datang ke dapur sambil mengungah kuih. Tersenyum.

Mawar mengangguk laju. Seronok dapat panggil gelaran mak dan ayah itu.

Tersenyum gembira mereka bertiga di dapur kayu itu.

                           

Abang Bahari dan Kak Melati di dalam bilik. Bersembang rancak.

"Akhirnya dapat juga jadikan dorang suami isteri kan bang!" Kak Melati teruja sampai tertutup matanya.

"Ya tercapai hasrat sayang nak jadikan mereka bersama." Senyum Abang Bahari melihat keterujaan isterinya.

"Ya bang, walaupun perkahwinan ini tak dirancang oleh kita. Tapi kan, bila agaknya kita nak timang cucu ya? Hihi," gelak kecil Kak Melati.

Tergeleng kepala Abang Bahari sambil tersengih. Abang Bahari menyelitkan rambut Kak Melati di belakang telinganya. Tersenyum melihat isterinya.

"Kita sendiri taknak lagi ke?" Senyum gatal Abang Bahari yang bermisai tu. Bermisai pun tetap kacak!

Terpegun mata Kak Melati dengan kata-kata suaminya. Jarang-jarang Abang Bahari begitu.

"Ish abang ni! Kita ni dah tua. Mana mau saya nak mengandung lagi," balas Kak Melati. Memukul bahu Abang Bahari sambil tertunduk malu. Merah dah mukanya.

Abang Bahari tergelak besar. 

Di luar bilik mereka, adalah telinga yang ditadah. Mawarlah tu orangnya. Tersengih-sengih macam kerang busuk dengar perbualan manis mereka suami isteri.

"Bilalah aku nak bermesra macam tu jugak!" Mawar bersuara perlahan sambil menekup mulutnya.

"Mmm timang cucu? Maksudnya anak aku dengan Hadi? Oh my god! Haha aku tak boleh bayangkan. Macam mustahil!" 

"Apa yang mustahil?" Tiba-tiba Hadi muncul dari belakang Mawar. 

"AAHHH! Hadi! Astagfirullah terkejut aku!" Melompat sikit Mawar. Memegang dada.

Terjungkit kening Hadi. Mawar pula masih tercungap-cungap. Terkejut sangat.

"Mmm tak ada apa lah. Dah lah Mawar nak masuk tidur," geram Mawar. Terus melangkah kakinya masuk ke kamar tidur.

Hadi pula hairan dan terus juga dia masuk ke bilik.

Mawar sudah di pembaringan itu tenung Hadi yang sudah mahu memadamkan lampu minyak itu.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now