🤟Bab 18🤟

37 2 0
                                    

Kau tahu apa yang aku mahu. Jika tidak akan ku pancung semua kepala orang-orang kampung ini.

Kertas itu ditunjukkan oleh salah seorang rakan sekerja Hadi. Semua kepala menjenguk dan membaca ayat yang tertulis pada kertas itu. Ada yang meremang bulu roma membacanya.

“Kampung kita dalam bahaya. Ada juga beberapa orang kampung kita nampak kelibat konco-konco Megat. Jadi kita harus berjaga-jaga,” tegas suara Tok penghulu.

Hadi sekarang berada di ruang perbincangan. Dia sedang bermensyuarat bersama Tok penghulu dan rakan-rakan sekerjanya. 

“Kenapa mereka datang kesini?” soal salah seorang rakan kerja Hadi. Budi.

Tok penghulu mengusap dagunya. Berfikir.

“Mungkin disebabkan ketidakpuasan hati Megat. Ada sesuatu yang dia tak dapat.”

Dengar sahaja kata-kata Tok penghulu itu, semua mata tertancap pada Hadi. Semua orang tahu yang Megat hendak meminang Mawar. Tapi, tak kesampaian kerana dah dikahwinkan dengan Hadi. Memang kecoh satu kampung ketika itu. Semestinya ada mulut-mulut orang kampung yang mengatakan mereka terpaksa berkahwin semata-mata nak melepaskan diri dari Megat. Mungkin gosip sebegitu dah sampai ke telinga Megat. Tambah lagi, Megat berkemungkinan besar sakit hati kerana dibelasah oleh Hadi dan Nadim tempoh hari. 

“Kau dah bahayakan penduduk kampung kita Hadi. Jangan disebabkan nafsu kau, kau libatkan orang kampung dalam bahaya!” marah Awang. Seorang lagi rakan Hadi itu. 

Mendidih rasa darah dalam kepala Hadi. Dikertap rahangnya kuat. Terus digenggamnya leher baju Awang sekerasnya. Marah yang teramat sangat. Semua orang yang ada di situ cuba meleraikan pergaduhan yang bakal tercetus itu. Tok penghulu terus menghentak meja kayu besar itu dengan kuat.

“Ini bukan masanya nak bergaduh! Kita kena bersiap sedia untuk menghadapi Megat. Kita kena ingat yang Megat dan konco-konconya ialah orang yang terlatih dengan ilmu mempertahankan diri. Jika Megat nak serang orang kampung. Mesti mereka tak dapat nak lawan Megat dan konco-konconya.”

Nyaris Hadi dapat mengawal marahnya. Dilepaskan genggaman itu dari leher baju Awang. Tak teratur terus nafas Awang. Tahu takut.

“Dan Hadi…”

Hadi menoleh ke arah Tok penghulu yang memanggilnya.

“Jaga isteri kau baik-baik. Aku pasti yang isteri kau akan jadi sasaran utama Megat.”

Hadi angguk. Kini hatinya lebih risau dengan keselamatan Mawar.


Bunyi daun dan dahan pokok bergeser. Pagi itu redup. Angin sepoi-sepoi bahasa. Mawar duduk ditepi jendela rumah itu. Melihat suasana alam pada tahun 1630 ini. Hirup udara segar yang bebas dengan asap-asap kenderaan dan kilang. Di luar rumah, ada bunyi gelak ketawa yang agak lama.

Mawar melihat ke luar jendela. Terlihat Kak Melati, Abang Bahari dan Nadim di luar rumah. Mereka sedang mengait buah rambutan bersama. Terukir senyuman pada muka mereka. Sejak Nadim bersama mereka di sini. Dia banyak menolong Kak Melati dan Abang Bahari. Kak Melati dan Abang Bahari pun nampak ganyanya dah suka sangat pada Nadim. Tapi sekarang Nadim dah tinggal dekat rumah dia semula. Mawar pun dah agak pulih. Dah tak perlu dipantau sangat. Lagipun dah terlalu lama Nadim tinggal di sini. Tapi, Nadim tetap datang dua atau tiga  hari sekali untuk pantau kesihatan Mawar. Selepas pantau kesihatan Mawar, selalunya Nadim akan meluangkan masa disi sini. Macam sekarang, dia tolong ambilkan buah rambutan. Hadi pun dah mula pergi kerja seperti biasa.

"Nampak mesra ya mereka. Syukurlah Nadim dah berbaik dengan mereka. Cuma Hadi je masih belum berbaik dengan Nadim. Sian Nadim," cebik Mawar. Timbul rasa kasihan pada Nadim.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now