💓Bab 32💓

41 3 0
                                    

"HADI! Kau datang." Secara tak sengaja Darla mengatakan itu.

"Darla?" Suara Puan Saleha didengari.

Darla tolak perlahan tubuh yang dipeluk itu. Rupanya nenek dia.

"Darla kenapa terjerit-jerit ni? Panggil Hadi. Siapa Hadi?" soal Puan Saleha.

Darla tutup mata. Geleng kepala perlahan.

"Darla mimpi je nenek. Darla pun tak tahu apa yang Darla mimpikan," jelas Darla.

"Ni mesti Darla tak baca doa kan sebelum tidur. Lain kali baca ya," pesan Puan Saleha.

Mawar angguk. Puan Saleha usap kepala Darla. Kemudian, dia keluar dari bilik.

Darla berfikir yang sudah beberapa kali dia bermimpi begitu. Semuanya bagainya pernah terjadi pada dirinya. Darla pegang kepalanya sendiri. Rasa pening.

"Kenapa mimpi aku macam nak sampaikan sesuatu pada aku? Kenapa baru sekarang mimpi macam ni nak ada? Kenapa nama Mawar dengan Hadi asyik berulang?" Berfikir habis Darla.

Bunyi telefon pintar Darla berbunyi. Darla terus capai telefonnya. Dilihat pada skrin tertulis 'Arian'.

"Alamak Arian? Kenapa dia call?" Jari Darla terus menyeret butang hijau itu.

"Hello?" kata Darla.

"Hello, good morning Darla. I'm sorry dah beberapa hari baru aku nak call kau. Kau busy ke hari ini?" soal Arian.

"Tak apa Arian. Aku tak busy hari ini. Kenapa?"

"Okey bagus. Kalau macam tu kita keluar nak? Aku dah lama tak jalan-jalan dekat Malaysia ni. Teman aku boleh?"

"Oh. Okey tapi belanja aku makan boleh? Haha!"

"Heh, iyalah."

"Weh, seriuslah? Haha. Aku gurau je."

"Tak apa aku memang nak belanja kau makan pun."

"Terbaiklah kau Arian. Kau memang best friend aku!"

Selesai sahaja call, tersengih panjang Darla. Dia rindu suasana macam tu. Bersembang dan bergurau dengan Arian. Teringat macam dulu-dulu. Ini baru call belum jumpa lagi. Kalau jumpa lagi best!

Tanpa melengah lagi, Darla pun cepat-cepat siap. Siap cantik-cantik. Macam nak pergi date. Walaupun bukan date. Huhu. Selesai siap, Darla turun ke tingkat bawah.

"Amboi, amboi. Cantik-cantik ni nak kemana? Selalu cuti ni bukan ke duduk rumah aje?" tegur Puan Dahlia. Dia tengah duduk santai dengan Encik Omar. Teguk secawan teh di meja makan itu.

"Hehe. Nak keluar kejap." Darla tersengih-sengih.

"Dengan siapa?" tegur Encik Omar pula.

"Um, dengan Arian je." Mata Darla pandang atas. Buat tak tahu.

"Wah dia ajak dating dah? Laju je dia ya," gelak kecil Puan Dahlia.

"Eh bukan dating lah mama. Keluar saja-saja aje. Kami berkawan mama. Just friend." Mawar membetulkan mamanya.

"Kalau kamu nak kahwin dengan dia pun boleh. Papa suka aje Arian tu." Tambah Encik Omar. Sakat sikit anak daranya itu.

"Ha... Papa pun sama je macam mama. Suka tau malukan Darla. Ish!" Mengeluh Darla sampai muncung mulutnya.

Bunyi kereta sampai di hadapan rumah mereka. Nampak sangat kereta itu kereta Arian. Nampak aje kereta tu, berdebar terus jantung Darla.

"Ha, dah sampai dah Arian. Pergilah berseronok ya." Puan Dahlia kenyit sebelah matanya.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now