🌹Bab 34🌹 ( END)

86 5 0
                                    

"ABANG abang ingat tak Kemboja?" tanya Mawar sambil membancuh teh di dapur. Hadi pula duduk di kerusi dapur itu. Menunggu teh sedang dibancuh.

"Mestilah ingat. Dialah kawan baik abang. Dari kecil hingga besar abang dekat sana. Dialah yang selalu dengan abang." Tersengih Hadi teringatkan Kemboja.

"Ya, dia pun kawan baik Mawar. Tanpa dia dulu Mawar mesti tak dapat jumpa abang dulu. Banyak jasanya. Mawar sebenarnya rindu sangat dekat dia." Mawar letakkan jag dan cawan dihadapan Hadi.

"Kita semua rindukan Kemboja. Bukan Kemboja aje. Tapi, mak ayah kita dekat sana. Dian adik kita." Sayu suara Hadi. Rasa sebak di hati Mawar. Mereka betul-betul rindukan keluarga mereka di kehidupan itu.

"Nadim dah balik!" laung Nadim dari luar rumah. Dia baru sahaja balik dari kelasnya.

"Nadim, mari kedapur. Kita minum teh sama-sama," ajak Mawar.

"Baik mama," sahut Nadim. Nadim pun pergi ke dapur dan melabuhkan pungung ke atas kerusi itu.

"Nadim? Bunga ke tu?" tanya Mawar. Terlihat Nadim memegang bouquet bunga itu. Beberapa bunga kemboja itu nampak cantik.

"Oh, ini untuk mama. Nadim saja beli dekat kedai bunga yang baru buka tu," kata Nadim. Nadim menghulurkan bunga Kemboja itu pada mamanya.

Mawar ambil bunga itu. Wangi semerbak bunga kemboja itu. Rasa tenang bila menghidunya. Teringat pula pada Kemboja. Kemboja dulu sudahlah selalu letak sekuntum bunga kemboja pada rambutnya. Ikutkan ini kali kedua dia dapat bunga dari Nadim. Sekali semasa mereka di masa lalu. Dan kali kedua sekarang. Mawar rasa pelik juga. Tak pernah-pernah Nadim nak beli bunga. Kenapa sekarang? Bunga Kemboja pula tu.

"Abang, Nadim..." Mawar bercakap perlahan pada Hadi. Takut Nadim terdengar. Mereka syak Nadim mungkin dah ingat sedikit memori itu.

Habis sahaja Nadim teguk secawan teh itu. Terus dia berdiri. Matanya nampak keliru.

"Nadim nak kemana?" tegur Mawar. Pelik. Nadim selalunya suka bersembang lama kalau duduk bersama mereka.

"Nadim nak kebilik. Nak rehat sekejap," kata Nadim mendatar.

"Nadim ada rasa sakit kepala ke? Nak mama bagi ubat?" Mawar risau. Makin pelik pula dengan Nadim ni.

"Tak apa mama. Jangan susahkan diri. Nadim naik dulu ya." Nadim terus berpaling ke belakang. Mahu berjalan pergi ke bilik. Tiba, langkahnya terhenti. Terdiam tubuh Nadim di ruangan dapur itu.

"Nadim?" tegur Hadi pula. Berkerut kening Hadi. Mawar pun sama. Semestinya mereka fikir hal yang sama. Adakah Nadim dah ingat?

Nadim pusingkan tubuhkan perlahan-lahan ke arah Mawar dan Hadi. Mukanya nampak sangat keliru. Kepalanya tertunduk ke bawah. Kemudian, Nadim angkat kepalanya perlahan.

"Mama kenapa Nadim..." kata-kata Nadim terhenti. Mukanya macam terkedu habis.

Mawar dan Hadi pandang sahaja anak mereka itu. Kenapa ni?

"Mama, ayah. Nadim dah ingat!" ujar Nadim teruja habis. Dipegang kedua belah pipinya sendiri. Tak percaya!

Membulat mata Mawar dan Hadi. Betul ke Nadim dah ingat?

"Nadim dah ingat!" Melompat Nadim. Seronok sangat dia. Dipeluk terus mama dan ayahnya.

Mawar dan Hadi balas pelukan Nadim. Bersyukur Nadim dah ingat semula. Berpelukan mereka bertiga.

"Betul ke Nadim dah ingat?" tanya Mawar nak kepastian.

"Ya mama. Nadim dah ingat! Nadim ingat kita tersesat dekat masa lalu. Nadim ingat Dian, Abang Bahari, Kak Melati dan... Dan Kemboja!" Terbeliak mata Nadim. Dia baru teringatkan Kemboja.

Mawar 1630 (Completed)Where stories live. Discover now