"Oh My God Bie!"
Keterujaan gadis yang bakal menjadi isterinya hanya dibalas dengan senyuman kelat.
"This aligns perfectly with my imagination."
Mata masih tidak lepas melihat gaun mewah itu. Mulut tidak letih memuji.
Beribu wang yang dihabiskan untuk sehelai pakaian yang akan dipakai hanya sehari terasa puas. Puas hati kerana gaun itu mengikut citarasanya dan menepati permintaannya.
"Marvellous Jemmy. This is so perfect!"
Pujian bertalu-talu diberikan kepada si pereka baju yang telah memerah segala idea dan bakat untuknya.
"Cantik tak Baby?"
Tengku Harraz Zulfan mengangkat wajah. Tanpa memasang senyum pada wajahnya, mulut memberi kata pujian pada bakal isterinya, Tengku Syakira.
"Beautiful."
Walaupun hanya sepatah perkataan yang dilontarkan oleh tunangnya, Syakira tetap berpuas hati. Dia sangat memahami sikap beku Harraz. Beku atau tidak, Harraz tetap kacak di matanya. Dan dia bangga kerana hanya dia yang terpilih untuk menjadi bunga yang disunting oleh Harraz. Dalam beratus wanita yang beratur, dia yang paling beruntung.
Dia memutarkan tubuhnya di hadapan Harraz. Gaun itu turut beralun mengikut rentak putarannya. Bibir tidak lekang daripada tersenyum.
"B, I pergi tukar baju dulu ya." Kata Syakira.
Harraz sekadar anggukkan kepalanya sahaja.
Setelah kelibat Syakira hilang daripada pandangan, Harraz kembali bermain dengan telefon bimbitnya.
Tidak semena, hujung bibirnya terjungkit naik. Video yang berdurasi 1 minit dimainkan berulang kali.
'I miss you, my Little Kitten.'
"Mummy... El tak nak breakfast. El dah lambat."
Dalam kelam kabut sempat tangannya mencapai sekeping roti dan disuapkan ke dalam mulut. Tanpa sempat duduk, kopi yang terisi di dalam cawan ibunya turut diambil dan dihirup.
"Pa-"
Tidak sempat terlucut kata daripada mulut si Ibu, anaknya terlebih dahulu melompat-lompat.
"Aaa panas-panas..." Lidahnya terjelir-jelir kepanasan. Mujur ada Kak Mek, pembantu rumah mereka segera menghulurkan air kosong padanya.
"Elnara Ulfaira!" Mata si Ibu mencerlung pada anak gadisnya.
Elnara sengih busuk.
Chup!
Pipi si Ibu dicium terlebih dahulu sebelum Mummynya bertukar menjadi Hulk. Kaki pula laju mengatur langkah ke arah pintu utama rumah mereka.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...