"Kau orang sembang dulu. Aku dengan El nak pergi pickup makanan kejap dekat restoran. Aku dah tempah tadi, restoran baru inform yang mereka tak dapat delivery."
Kata-kata Harraz sungguh buat Nadhira tergamam. Jadi dia akan tinggal berdua dengan lelaki ni? No way! Dia tak nak!
Tapi... Tak kan dia nak ikut. Tak kan nak jadi orang ketiga pula? Last-last dia angguk-angguk sahaja. Tak apa, lepas El pergi aku duduk luar rumah sampai El balik. Rancangnya sendiri.
"Nad, buat macam rumah sendiri tau. Nak air atau snack ada dekat dapur."
Nadhira hanya angguk-angguk sahaja pada pesanan Elnara. Bibirnya senyum nipis. Matanya menghantar pemergian Elnara dan Harraz sehingga kedua-dua susuk tubuh itu hilang di sebalik pintu rumah Harraz.
Bulu romanya sudah naik seriau tika ini. Bukan dia tidak perasan akan pandangan tajam Nufail pada dirinya. Tengok macam nak telan orang pun ada. Scary!
Dup dap dup dap... Jantungnya tak relaks. Berdegup macam nak pecah dada. Tapak tangan pun berpeluh-peluh.
Malas hendak melayan perasaan, Nadhira cepat ayunkan kaki menuju ke arah pintu rumah. Dia mahu keluar. Tidak mungkin dia duduk berdua-duaan dengan lelaki itu. Jika boleh, muka Nufail pun sudah tak hingin dia tengok. Dasar mulut longkang! Kalau dia macam Hulk nak sahaja dia tumbuk-tumbuk muka kacak Nufail tu sampai bengkak-bengkak. Nasib baik badan dia kecil, selamat Nufail. Jika tidak... Haa, padan muka dia.
Kata-kata tajam Nufail masih terngiang-ngiang di telingannya. Setiap butiran lontaran kata lelaki itu sangat menusuk-nusuk terus ke hatinya.
"Nad..."
Langkah kakinya terhenti. Suara lelaki itu memanggilnya perlahan. Suara itu bergema di gegendang telingannya.
Nadhira terasa yang bahang tubuh Nufail sudah berada di belakang tubuhnya. Nadhira pejam mata. Bau aroma minyak wangi Nufail menyerap masuk ke dalam rongga deria baunya. Bau yang sangat maskulin, sangat kelakian dan begitu menggoda.
"Nad... A-Aku-"
Nadhira pantas mencelah tanpa berpaling. "Aku nak keluar."
Baru sahaja dia kembali membuka langkah, lengannya dilelar oleh Nufail sehingga belakang tubuhnya tertimpa dada Nufail. Peluang itu digunakan oleh Nufail untuk merangkul pinggang Nadhira dengan erat. Nad terkedu seketika melihat dua lengan kekar yang berurat sedang melingkar di pinggang kecilnya. Sentuhan Nufail bagaikan magik. Dirinya hampir terkulai oleh sentuhan itu namun dia cekalkan hati. Tidak mahu dia untuk jatuh ke pelukan lelaki yang sudah menghinanya.
"Lepaslah! Kau nak apa lagi?"
"Aku minta maaf Nad. Aku nak kau."
Nadhira terpempan. Dia tak salah dengar kan? Nufail dah buang tabiat ke? Nadhira merengus geram. Bulu romanya tegak kerana dia dapat rasa nafas-nafas hangat Nufail menampar-nampar lehernya.
"Lepaskan aku. Kau jangan nak buat benda bodoh dalam rumah orang."
"Kalau macam tu, jom pergi rumah aku."
Nadhira mendengus kasar. Maaf! Dia tidak ada masa nak layan lawak bodoh Nufail.
"Lepaslah! Daripada aku pergi rumah kau, baik aku pergi menjalang. Cari sugar daddy yang lagi kaya dari kau." Hambur Nadhira. Nada suaranya kedengaran begitu kasar. Tangan kecilnya cuba merungkai lingkaran tangan Nufail di pinggangnya namun sia-sia kerana tenaga Nufail lebih kuat berbanding dia yang bertubuh kecil itu.
"Nad! Jangan cakap macam tu. Aku minta maaf."
"Lepaslah bodoh! Lepaskan aku!" Nada suaranya naik beberapa oktaf. Dia cuba mengawal suaranya kerana dada mula dihimpit rasa sebak.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...