BAB 12

14.5K 296 12
                                    

Elnara menarik nafas panjang. Majlis yang tak habis-habis. Masih ramai tetamu yang datang. Tidak putus-putus tetamu datang mengucapkan tahniah, dari kejauhan dia melihat meja hadiah sudah menggunung. Memang ramai tetamu yang hadir kerana keluarga Tengku Rafael bukan calang-calang orang. Tengku Harraz Zulfan sendiri ahli perniagaan terkenal, tak campur lagi kenalan Tengku Rafael dan Tengku Cailey. Kenalan Daddy dia sendiri juga tak terhitung.

"Kenapa masam sangat? Cuba senyum." Tegur Harraz pada Elnara. Sejak tadi dia perasan raut wajah Elnara yang kelat.

"Penat..." Tak sengaja, Elnara merengek manja. Memang dia penat.

Harraz sembunyi senyum. Comel sungguh isterinya bila merengek manja macam tu. Argh! Dia dah tak sabar nak dengar rengekkan yang lebih manja dari isterinya.

"Nak balik sekarang ke?" Soal Harraz.

Elnara memandangnya tidak berkedip mata.

"Boleh ke?" Soal El kembali. Majlis belum tamat, boleh ke pengantin balik dulu?

Kalau boleh, memang sekarang juga dia nak balik. Kaki dan lenguh, bahu pun dah terasa tegang.

"For sure boleh. Sekejap I pergi beritahu Papa untuk uruskan." Lembut sahaja Harraz menuturkan kata-katanya. Elnara masih terpegun dengan kelembutan Harraz malam ini. Baik ada makna ke ni?

Harraz meninggalkan Elnara sebentar untuk mendapatkan Tengku Rafael. Elok juga El ajak balik awal, dia pun haish! Tak sabar-sabar ni.

Melihat Elnara sudah berseorangan, Nadhira cepat-cepat menghampiri Elnara dan mencuit bahu gadis itu.

"Amboi kauuu... bukan main lagi majlis. Kata tak sudi lah apa lah." Kata Nadhira.

Terkejut dia dengan majlis yang berlangsung. Bukan biasa-biasa, memang gah sangat. Dari pelamin, baju, hantaran dan kek yang bertingkat-tingkat.

"Kan aku dah cakap semua tu kerja dia. Bukan aku yang aturkan." Balas Elnara.

"Dari mata kasar aku kan, dia tu memang gila-gila sayang dekat kau."

Elnara mencebik bibir. Sayang apa sampai perangkap!

"Kalau dari mata halus kau nampak apa?"

Nadhira menjeling tajam. Memang banyak akal si Elnara ni!

Sedang asyik mereka berborak mesra, tiba-tiba...

Bush!

Elnara tergamam.

Nadhira kaku.

Mereka berdua saling bertatapan sebelum Nadhira menjerit kuat sehingga menarik perhatian beberapa orang termasuk Nufail dan Harraz.

"Apa masalah kau ni perempuan?!" Herdik Nadhira kuat. Habis bajunya basah. Baju pengantin juga turut basah. Habislah pengantin dah mandi air oren.

Elnara mengesat muka yang terkena simbahan air oren daripada perempuan yang dia tidak kenali itu.

"Ni lah perempuan yang rampas tunang aku? Dasar perempuan tak sedar diri!"

Tunang? Tunang siapa?

"Excuse me! Kau..."

"Nad," Elnara mencelah. Dia tidak boleh membiarkan Nadhira bercakap. Nadhira bercakap guna emosi.

"Tunang?" Soal Elnara kepada wanita itu.

Wanita itu angkat dagu dan berpeluk tubuh. Matanya tajam menikam wajah Elnara dan Nadhira.

"I, Tengku Syakira. Tunang Tengku Harraz Zulfan."

HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now