PANG!
Dada Tengku Rafael berombak kasar. Di sampingnya ada si isteri yang cuba menenangkan suaminya. Tengku Cailey mengosok dada suaminya berkali-kali. Tidak pernah dia melihat suaminya semarah ini pada anak bujang mereka. Setelah menerima panggilan daripada pihak pejabat agama, mereka terus bergegas ke sana. Tiba di sana, kelihatan Nufail, Harraz dan dua orang gadis yang mereka tidak kenali.
"Shameful!"
Herdikkan Tengku Rafeal turut merentap hati Elnara.
Memalukan. Sangat memalukan!
Elnara masih menangis, tidak henti sejak dari hotel. Dia tidak sangka dia secuai itu dalam menjaga maruah dirinya.
"Aku tak buat... Aku tak buat." Wajah Nadhira dipandang sayu. Suaranya melirih. Dia malu. Dia telah menconteng arang ke muka orang tuanya.
"I'll take responsibility."
Elnara angkat kepala. Kata-kata itu dia dengar dari mulut Harraz. Dia geleng kepala. Air matanya bercucuran keluar, semakin deras.
"No! No!" Elnara menjerit lantang. Dia tidak tahu apa motif Harraz memerangkap dirinya.
"Ya Allah... El!" Puan Tania yang baru tiba terus meluru pada anaknya. Melihat tangisan anaknya, hati tuanya ikut sama terguris.
"Apa jadi El? Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Puan Tania.
"Patutlah Mummy call tak dapat. El janji nak balik awal, dah tengah malam masih tak balik-balik. Mummy risau sayang."
"El kena perangkap Mummy. El-El tak buat kerja terkutuk tu." Kata Elnara dalam esak tangisnya.
"Oii perempuan! Kau jangan suka-suka hati nak menuduh kawan aku perangkap kau! Entah-entah kau yang memang nak perangkap dia!"
Nufail yang terdengar kata-kata Elnara terus menyelar Elnara.
Nadhira dari duduk terus terbangun dan meluru ke arah Nufail. Dengan kasar, kolar baju Nufail dicengkam kuat. Tersentak Nufail dengan tindakan kasar Nadhira.
"Kau jangan nak tuduh kawan aku sembarangan!"
"Enough both of you!" Suara keras Tengku Rafael meleraikan pertelingkahan kecil mereka.
Puan Tania menarik Nadhira supaya kembali duduk di kerusi.
"Riyadh?"
"Ya saya." Encik Riyadh menyahut sewaktu namanya dipanggil oleh Tengku Rafael.
"Saya Rafael, bapa kepada Harraz." Tangan dihulurkan untuk bersalam. Mereka perlu rasional kerana isteri-isteri mereka sudah mencurahkan segala emosi. Isterinya menangis, isteri Tuan Riyadh juga menangis. Elnara pun masih tidak berhenti menangis sejak dia tiba tadi. Anak bujangnya hanya membuat muka beku sahaja.
"Saya minta maaf di atas ketelanjuran anak saya. Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan bagaimana hal ini boleh berlaku." Kata Tengku Rafael. Dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Suka sama suka atau dipaksa, dia masih tidak pasti. Tetapi dia lelaki, dia tahu apa yang anaknya lakukan. Harraz, sama licik dengannya.
Lihat dari riak wajah tenang anaknya juga dia sudah tahu.
"Kami akan ke rumah Encik Riyadh esok untuk bincang lebih lanjut. Things here, my lawyer akan settlekan termasuk dengan jaminan."
"Baiklah. Sampai jumpa esok."
Tuan Riyadh menghampiri anak gadisnya.
"Daddy..." Elnara sudah tercebik manja.
"It's okay. Don't cry. Kita balik rumah dulu."
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...