BAB 31

14.3K 302 23
                                    

Elnara mengekek ketawa bersama Kak Mek dan Mummy di tepi kolam. Seperti yang di janjikan, Harraz membawanya balik ke rumah orang tuanya.

Dari kejauhan Harraz hanya memerhati tawa manja Elnara bersama keluarganya. Macam-macam cerita Elnara ceritakan.

"Macam tu lah El. Banyak cakap. Banyak ragam." Tuan Riyadh menghampiri menantunya. Dia melabuhkan duduk di samping Harraz di atas gazebo.

Harraz melemparkan senyuman.

"Elnara tu manja orangnya. Pasti Harraz pun dah tahu kan?"

Harraz angguk kepalanya. "Tahu Dy." Jawab Harraz.

Dia tahu... Sejak 9 tahun dulu dia tahu dan dia dah masak dengan sikap Elnara. Dia tertarik dengan Elnara kerana sikap garang isterinya. Garang tetapi manja. Sombong pada orang yang sombong padanya. Mesra dengan orang yang mesra dengannya.

"Jaga anak Daddy baik-baik. Dia satu-satunya harta yang tak ternilai untuk Daddy dan Mummy. Daddy serahkan amanah ini pada kamu. Kalau suatu hari nanti, rasa yang kamu ada sekarang dah hilang, pulangkan dia pada Daddy dengan cara yang baik."

Tuan Riyadh dihurung rasa sebak. Dia tidak sangka begitu cepat anak perempuannya berkahwin. Menjadi tanggungjawab orang lain dan jauh darinya.

"InshaAllah Daddy. Harraz akan jaga El sebaik-baiknya walaupun cara Harraz nak dapatkan El tak berapa baik." Harraz sengih busuk.

Tuan Rafael geleng kepala sebelum dia melakarkan senyum kelegaan di wajahnya.

Walau apa cara sekalipun... Dia redha dengan takdir.

"Hubby! Sinilah. El nak mandi kolam." Elnara memanggil suaminya datang kepadanya. Tangannya melambai-lambai ke arah Harraz.

"Haa. Pergilah. Nak mandi kolam tapi tak pandai berenang. Memang dia tergantung kat leher kamu saja nanti." Kata Tuan Riyadh seraya tergelak. Dia menepuk bahu menantunya lalu dia bangun dan berjalan ke arah anak dan isterinya. Bibir Harraz tidak dapat sembunyikan senyum. Dia turut bangun dan mengikut langkah Daddy.

"Hubby... El nak mandi kolam. Tapi Mummy cakap dia nak bawa Daddy keluar. El tak tahu berenang. Selalu Daddy yang pegang El." Adu Elnara sebaik sahaja Harraz tiba di sisinya.

"Jangan layan sangat Si El tu Harraz. Mengada-ngada. Dah ada suami sendiri sibuk nak rampas suami orang."

Kata-kata Mummy buat tawa Daddy berdekah. Isterinya memang suka cari gaduh dengan anak perempuan mereka. Gaduh-gaduh manja.

"Mummy ni!" Elnara tarik wajah cemberut.

"Hubby kan ada. I can swim."

Mata Elnara mula bersinar. Lengan suaminya terus dirangkul erat. Kepala disandarkan pada bahu Harraz.

"Orang pun ada suamilah. Werk...." Elnara jelir lidah pada Mummynya.

Semua yang berada di situ berdekah ketawa dengan telatah Elnara. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now