BAB 39

13.5K 436 38
                                    

"If your word means to hurt me. Don't say anything. I couldn't bear to hear it."

Jari Harraz ditepis kasar. Elnara hampir ketawa. Drama apa yang Harraz sedang tayangkan saat ini? Tidak... El tak mungkin percaya pada air mata itu.

"My words? What about yours Harraz?" dengan berani Elnara menentang pandangan tajam Harraz. Tiada lagi di bibirnya panggilan Hubby seperti yang Harraz inginkan.

"I'm hurting too! You keep me in your house like I'm a toy. Do you ever care about what I feel instead of what you feel? You selfish! You said you love me but all I feel is only your possessive, your obsession and I fucking hate it!"  teriak El. Dia hamburkan isi hatinya. Yang terhambur bersama tangisnya. Air matanya meluncur jatuh ke pipi tanpa segan silu.

"I really hate you." Setelah itu, tangisan Elnara semakin menjadi-jadi.

Nafas ditarik dalam. Harraz dongakkan kepalanya ke atas. Remuk hatinya mendengar kata benci dari si isteri yang begitu tulus dia cintai. Tak disangka juga hari ini, tumpah air matanya.

Jika El tahu betapa besarnya rindu dia pada El setelah isteri melarikan diri. Hendak sahaja dia merempuh masuk rumah yang El tumpang demi mendapatkan isterinya kembali ke dalam pelukan namun dia tenang. Fikirnya, El memerlukan masa dan ruang. But three days is more than enough... Dia terlalu rindukan bauan semula jadi El yang menjadi teman tidurnya. Dia rindukan celoteh El yang terkadang merapu dan entah apa-apa. Dia rindukan isterinya.

Akhirnya, Harraz melepaskan pegangan tangannya pada tubuh sang isteri yang masih menangis tersedu-sedu. Emosinya bercampur baur.

Perubahan emosi Harraz terlalu mendadak. Baru tadi El melihat suaminya mencerlung tajam padanya. Mata suaminya begitu tajam seakan mahu membunuh dan sekarang, Harraz terlihat...

Rapuh. Begitu terkesankah Harraz dengan kata benci yang dia lontarkan tadi? Elnara menarik-narik jarinya sendiri. Dia tidak boleh bersimpati. Harraz patut tahu isi hatinya juga.

He is mad but at the same time, his heart breaks. How can he endure the pain, the sore seeing his wife's tears keep falling through her cheeks? 

"I'm sorry. What I've done to you is too much...."

Harraz menatap isterinya yang sememangnya lencun dengan air mata. Basah pipinya. Merah matanya. Pucuk hidungnya juga kemerahan.

Harraz bercelapak di hadapan Elnara. Isterinya terus menunduk ke bawah, menekur tangannya sendiri. Harraz angkat tangannya, ingin mengelus juntaian rambut isteri namun niatnya terbantut. Entah kenapa, tetapi rasanya...

Dia perlu berikan isterinya masa. Jika berpisah mampu tenangkan jiwa isterinya, mampu kembalikan senyum pada isterinya... Dia akan turutkan.

He is hurt and she is hurt too. Dan kata-kata Elnara tadi, banyak betul dari salah. Dia akui, dia hanya pentingkan diri. Terlalu yakin yang Elnara akan jatuh cinta padanya namun ternyata dia salah.

Dia hanya utamakan kehendaknya. Meminta Elnara sering menurut pada kemahuannya tanpa memberi El ruang dan peluang untuk mengatur kehidupannya sendiri.

Sekali lagi, Harraz menarik nafas kemudian hembus kasar.

"Kitten..." Panggilnya perlahan dan Elnara terus angkat wajahnya.

"Have you ever fallen in love with me? Do you love me?"

Elnara ketap bibir setelah soalan itu meluncur laju daripada mulut suaminya.

Pernahkah dia mengatakan cinta pada Harraz?

HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now