BAB 20

23.6K 315 25
                                    

Elnara gelisah. Dia sudah tidak nampak kelibat Nadhira sejak Harraz memintanya duduk bersama keluarga dia. Sehingga sekarang, majlis sudah telah tamat dan sekali lagi Harraz meninggalkan dia sendirian di suite peribadinya.

Dia menarik-narik jarinya sendiri. Bibir diketap dan kaki berjalan kehulur kehilir. Dia rasa tak sedap hati.

Ada bunyi di hadapan pintu biliknya. Elnara tidak berfikir panjang, kakinya terus diayunkan ke sana dan dia membuka pintu dari dalam.

Serta merta darahnya terasa terhenti.

"Sy-Syah... A-apa Syah buat dekat sini? Macam mana Syah ada dekat sini?"

Uqasyah terpana seketika. Dia tidak pernah melihat aurat gadis itu. Sehelai rambut pun tidak namun kini di hadapannya, Elnara hanya berbalut jubah mandi. Di dalamnya dia tidak tahu gadis itu berpakaian atau tidak.

"Syah rindu El."

"Syah pergilah. Nanti El contact Syah." Dia menghalau Uqasyah. Lebih baik Uqasyah pergi sebelum suaminya tiba. Pasti akan ada kekecohan jika Tangan kecilnya mahu menolak daun pintu supaya terkatup lagi namun dihalang oleh tangan besar Uqasyah. Lelaki itu ketawa sinis.

"Kenapa El tipu Syah? El diamkan diri dan selepas itu tiba-tiba dah jadi isteri orang?"

Elnara membisu. Dia sudah dapat agak yang Uqasyah akan tahu juga kerana majlisnya tempoh hari ada liputan media.

"El nampak cantik. Your hair... cantik sangat."

Dan tika itu, barulah Elnara tersedar yang auratnya terdedah pada Uqasyah.

Elnara pantas bergerak menolak daun pintu biliknya namun hanya sekali tolak pintu itu kembali terbuka luas.

"Jangan macam tu... El, I'm your habibi right? We love each other." Uqasyah maju, semakin maju sehingga Elnara terundur ke belakang. Dia mengenggam kemas jubah mandinya pada bahagian atas, di dadanya.

"Sy-Syah... Jangan macam ni. I isteri orang." Elnara menemui jalan buntu. Dia terpaku pada dinding dan kedua belah bahunya di pegang oleh Uqasyah. Lelaki itu menunduk ke arahnya. Mencium aroma rambutnya.

"El... You're so beautiful. My sweetheart."

Elnara semakin takut dengan bisikan Uqasyah. Tangannya menolak dada Uqasyah supaya menjauhinya. Tubuhnya bergetar kuat.

"Kenapa Sayang? Kenapa takut. Ini Syah, bukan orang lain."

"Please Syah. Get out. Nanti suami El balik." Dia masih cuba merayu. Elnara tidak mahu Harraz salah faham. Air jernih mula mengalir laju saat Uqasyah membelai rambutnya. Lelaki itu senyum.

"Shhh... Jangan nangis Sayang. Habibi ada dekat sini." Uqasyah memujuk. Pipi mulus Elnara dielus lembut. Dia tidak dapat menerima hakikat yang Elnara, pujaan hatinya menjadi milik orang lain. Bagi dia, Elnara hanya miliknya.

Uqasyah semakin menghimpit tubuh Elnara. Tangannya merayap pada belakang tubuh gadis itu, gadis yang telah menjadi isteri orang. Gadis itu terus menangis dan menangis.

"Lepaskan I Syah! Lepaskan I." Dia meronta sekuatnya. Suaranya naik meninggi dan dia menjerit semahunya. Elnara tidak mahu maruahnya tercalar. Dia juga tidak mahu maruah suaminya tercalar. Dia, hanya untuk suaminya. Tangannya meronta-ronta. Dia memukul dada Uqasyah sekuatnya.

"Sayang... Syah cuma nak peluk El. I miss you like crazy."

Pukulan tangan kecil itu tak memberi kesan. Uqasyah menangkap tangan kecil Elnara. Dia ketawa jahat. Pergerakan gadis itu terkunci.

"El... Sayang. Ini Syah Sayang. Ini Syah. Kenapa El takut dengan Syah?"

Suara Uqasyah menakutkan Elnara. Lencun pipi Elnara dengan air mata. Di dalam hatinya hanya berdoa agar Harraz segera kembali.

HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now