Pagi itu, ruang makan di Villa Cailey riuh rendah dengan mulut bising Zahirah bercerita itu dan ini. Dia dan Elnara paling awal berada di meja makan kerana pagi-pagi buta lagi Zahirah mengetuk pintu bilik Abangnya dan mengajak Elnara untuk membuat senaman yoga di taman rooftop. Selesai senaman, mereka berdua terus pergi ke ruang makan. Elnara nak jenguk suaminya dahulu, namun dihalang oleh Zahirah. Dan dia terpaksa redha sahaja mengenangkan betapa terujanya adik iparnya bercerita itu dan ini.
Rancak mereka berdua berborak memandangkan mereka sama usia. Ada juga Zahirah mengutuk Abangnya dan Elnara hanya gelak sahaja.
"You nak tahu tak El, roommate I kantoi dengan senior sebab bawa masuk boyfriend dalam dorm. Kelakar gila muka diorang masa tu. Sudahlah diorang kantoi masa tengah project." Zahirah ketawa lepas. Dia teringat kes lucu rakan sebiliknya. Kebetulan pada hari kejadian, dia tiada di bilik sebab itu rakannya berani membawa masuk lelaki.
"Really? Budak Malay juga ke?" Soal Elnara. Berminat untuk tahu lebih lanjut. Dia suka gossip-gosip ni!
"Yes, she is. Berani gila dia tu. And dia memang agak sosial pun." Kata Zahirah. Lepas itu dia dekatkan sedikit tubuhnya kepada Elnara. Mulutnya dibawah rapat ke telinga Elnara.
"Actually, dia pernah juga curi-curi bawa masuk boyfriend dia masa I tidur and I dengar sebutir-sebutir apa yang diorang buat." Bisiknya. Dia tidak mahu jika tiba-tiba Papa dan Mama datang dan turut mendengar perbualan itu. Kalau mereka tahu, pasti dia akan pindahkan Zahirah ke dorm yang lain. Zahirah sudah selesa di sana dan paling penting dorm itu dekat dengan kemudahan awam.
Mata Elnara terbuntang. Dia menekup mulutnya yang melopong.
"You tak report senior ke?" Tanya Elnara pula, juga dalam nada berbisik.
Tak sempat Zahirah menjawab, sergahan suara garau membuat mereka berdua tersentak.
"Hah! Mengumpat Abanglah tu!" Sampuk Harraz. Dari jauh lagi dia perhatikan isteri dan adiknya itu sedang berbisik-bisik.
"Eleh! Tak kuasa Adik. Abang tu bukan hot sangat pun nak jadi bahan umpatan kami. Baik kami gossip pasal Nufail. Handsome pun handsome. Kan El?" Zahirah cebikkan bibir kepada Harraz.
Kuk! Harraz meluku kepala adiknya. Nufail si otak senget macam tu pun handsome ke?
"Apa Abang ni! Sakitlah." Spontan tangan Zahirah naik mengusap kepalanya sendiri. Elnara hanya senyum sahaja melihat gelajat dua beradik itu. Macam ini rupanya pergaduhan manja adik beradik. Dia anak tunggal,dia tidak pernah rasa semua ini.
Harraz juihkan bibir. Perlahan sahaja pun. Adiknya memang suka over-react.
Harraz mendekati isterinya dan kucupan ringkas dilabuhkan pada ubuh-ubun isterinya.
"Good morning, Love."
"Morning Hubby." Balas Elnara. Bibirnya melakarkan senyuman manis pada suaminya. Manislah... Malam tadi mendapat 2-3 round dia pun dah tak ingat.
"How's your leg? Okay ke?" Soalan tak bertapis suaminya menerima balasan dengan tamparan lembut di dada.
"Hubby! Janganlah tanya soalan bukan-bukan. Kan ada Ira tu." Ujar Elnara dengan suara yang sangat perlahan.
"Eleh-eleh malu-malu pula. Ingat Ira tak dengar ke korang main dekat bilik bacaan malam tadi?" Selepas itu, terkekeh Zahirah ketawa. Dia bukan sengaja, kebetulan. Dia nak melepak sebab bosan. Nak kacau Mama, dah kena warning dengan Abangnya siap-siap. Dia naiklah ke taman rooftop untuk hirup udara malam. Sampai sahaja di sana, terdengar pula bunyi-bunyian ghairah dari bilik bacaan. Apa lagi, pasang telingalah dia sampai habis. HAHAHA.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
عاطفيةBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...